Utusan Borneo (Sarawak)

Projek RTP baik pulih parit, dinding ruai Rumah Michael Jarau siap

-

Projek baik pulih parit di kawasan sekeliling dan dinding ruai Rumah Michael Jarau di Nanga Dap melalui peruntukan Projek Transforma­si Luar Bandar (RTP) yang berjumlah RM130,000 telah siap dilaksanak­an pada akhir tahun lepas.

Projek RTP daripada peruntukan Dewan Undangan Negeri (DUN) Ngemah itu adalah di bawah pemantauan agensi pelaksana Jabatan Kerja Raya (JKR).

Ketika berucap merasmi- kan projek itu pada Sabtu lalu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ngemah Anyi Jana memberitah­u, kerjasama antara penduduk rumah panjang, kontraktor dan agensi pelaksana sangat penting supaya projek seumpama itu dapat dilaksanak­an dengan lancar.

Selain itu, beliau juga menerangka­n cara permohonan projek RTP, projek kecil luar bandar (MRP) dan Program Perumahan Rakyat Miskin Sarawak (PPRMS)

kepada penduduk setempat yang hadir.

“Saya menyaranka­n agar ketua masyarakat atau ketua kaum sentiasa berhubung dengan setiap agensi kerajaan supaya mengetahui tentang maklumat dan perubahan terkini berkaitan bantuanban­tuan yang ada disediakan itu,” katanya.

Sementara itu, Anyi turut menyentuh berkaitan pendidikan percuma yang

diberikan oleh kerajaan negeri kepada anak Sarawak.

Beliau berkata, inisiatif daripada kerajaan negeri itu melibatkan lima universiti di Sarawak iaitu Swinburne University of Technology, Curtin University, Universiti i-CATS, Kolej Laila Taib dan Universiti Teknologi Sarawak yang dijangkaka­n bermula pada 2026 nanti.

“Pendidikan percuma ini membawa maksud adalah

percuma untuk bayaran yuran pengajian sahaja dan keperluan lain seperti makan minum serta kediaman masih perlu dibayar oleh pelajar sendiri,” jelasnya.

Antara yang hadir ialah isteri Anyi iaitu Gelim Utan, Timbalan Pengerusi Parti Rakyat Sarawak (PRS) Bahagian Ngemah Ramba Resang, Ketua Wanita PRS Bahagian Ngemah Mutang Karani dan Penghulu Ugap Seribu.

 ?? ?? UNTUK ALBUM: Anyi (tengah) serta kenamaan lain semasa menghadiri Majlis Perasmian Projek RTP di Rumah Michael Jarau, Nanga Dap pada Sabtu lepas.
UNTUK ALBUM: Anyi (tengah) serta kenamaan lain semasa menghadiri Majlis Perasmian Projek RTP di Rumah Michael Jarau, Nanga Dap pada Sabtu lepas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia