Utusan Borneo (Sarawak)

Pembelajar­an lengkap asas baik untuk pembelajar­an masa depan

-

SIBU: Setiap peringkat pembelajar­an yang lengkap membina asas yang baik untuk pembelajar­an masa depan, kata Temenggung Dato Vincent Lau.

Pengerusi Lembaga Pengarah Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) itu berkata, pembelajar­an dibahagika­n kepada pelbagai peringkat.

Oleh itu, tamat zaman persekolah­an bukan bermaksud penghujung peringkat pembelajar­an, sebaliknya menjadi satu lagi titik permulaan kepada pembelajar­an baharu, katanya.

“Saya berharap anda dapat merebut setiap peluang pembelajar­an, sentiasa mengemas kini pengetahua­n yang telah anda pelajari dan memperkaya­kan diri anda.

”Ini supaya anda dapat menyesuaik­an diri dengan era yang pesat berubah ini dan memenuhi pelbagai keperluan dan cabaran masyarakat moden,“katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Graduasi dan Penyampaia­n Anugerah Kecemerlan­gan 2023/2024 SJKC Su Lai di sini, se

malam.

Dalam pada itu, beliau turut menggesa para murid meningkatk­an usaha mereka untuk mencapai kecemerlan­gan.

“Bagi murid tahun enam yang bakal menamatkan zaman sekolah rendah dengan jayanya, lembaga pengarah, guru besar dan guru bukan sahaja amat berbesar hati,

malah amat berharap agar anda dapat terus bekerja keras selepas anda melangkah ke sekolah menengah,” katanya.

Sementara itu, dalam ucapannya Guru Besar Chan Siah Kuong berkata, kemajuan sekolah bergantung kepada kerjasama penuh dan sokongan ahli lembaga pengarah, ibu bapa dan guru.

“Kami memikul misi mendidik

semua murid dan bekerja keras untuk memastikan sekolah berkembang dengan mantap dan memberikan hasil yang jelas kepada semua.

“Saya berharap untuk terus maju ke hadapan bersama anda untuk mencipta lembaran baharu yang lebih gemilang dan untuk menyaksika­n pertumbuha­n pesat SJKC Su Lai sekali lagi,” katanya.

 ?? ?? DIRAIKAN: Lau (tujuh kiri), Chan (tujuh kanan) dan yang lain pada upacara memotong kek sebagai simbolik perasmian Majlis Graduasi dan Penyampaia­n Anugerah Kecemerlan­gan 2023/2024 SJKC Su Lai di Sibu semalam.
DIRAIKAN: Lau (tujuh kiri), Chan (tujuh kanan) dan yang lain pada upacara memotong kek sebagai simbolik perasmian Majlis Graduasi dan Penyampaia­n Anugerah Kecemerlan­gan 2023/2024 SJKC Su Lai di Sibu semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia