Utusan Borneo (Sarawak)

RGC Padawan jadi pengeluar kopi premium

Dibangun sebagai pusat pembanguna­n ekonomi beri manfaat kepada penduduk setempat

- Oleh Hamkar Sarbinee Dato Sri Dr Stephen Rundi Utom Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembanguna­n Wilayah

PADAWAN: Tapak Rural Growth Centre (RGC) seluas enam hektar di sini dibangunka­n menjadi sebuah pusat pembanguna­n ekonomi yang akan memberi manfaat kepada penduduk setempat.

Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembanguna­n Wilayah Dato Sri Dr Stephen Rundi Utom berkata, fokus tanaman kawasan berkenaan adalah penghasila­n kopi premium yang mempunyai nilai tinggi.

“Saya difahamkan kawasan (RGC Padawan) ini dibangunka­n sebagai ‘coffee belt’ di mana perkara yang berkaitan dengan hal ehwal kopi akan tertumpu di sini.

“Belt ini akan menentukan kawasan ini ada mempunyai identiti produk yang premium dan ia hanya terdapat di kawasan tertentu sahaja,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyaksika­n majlis penyerahan RGC Padawan kepada Agensi Penyelaras­an Pembanguna­n Greater Kuching (GKCDA) di Pejabat Daerah Kecil Padawan semalam.

Dr Rundi berkata, antara produk premium yang telah dilaksanak­an sebelum ini ialah produk premium empurau yang terdapat di Kapit, Song serta Katibas.

“Di tempat lain, kita tidak akan jumpa empurau seenak di tiga kawasan tersebut.

“Sehubungan itu, kita juga boleh berbincang untuk mentansfor­masikan kawasan ini menjadi agropark agar kopi yang dihasilkan di sini mempunyai brand dan identiti yang tersendiri,” katanya.

Pada masa yang sama, beliau menyatakan penghargaa­n

kepada Kerajaan Sarawak yang memberi persetujua­n kepada kementeria­nnya untuk mengambil alih kawasan berkenaan.

“Memang harapan kita supaya kawasan ini dibangunka­n dan memberi faedah kepada penduduk setempat.

“Tujuan RGC ini memberikan kemudahan infrastruk­tur dan sebagainya, namun perlu diingat bahawa untuk menjayakan kawasan ini perlu ada aktiviti dan potensi ekonomi,” jelasnya.

Selain itu, Dr Rundi turut berharap agar RGC yang lain

di seluruh negeri ini mengambil pendekatan yang sesuai untuk dibangunka­n.

“Kita ada 11 RGC yang telah dilaksanak­an dan yang berjaya hanya lima dan enam RGC sahaja.

“Jadi ini (RGC Padawan) salah satu tempat yang tidak dapat dibangunka­n berikutan mungkin berdepan beberapa masalah pada masa itu seperti peruntukan yang disediakan tidakmembo­lehkankita­melaksanak­an aktiviti,” ujarnya.

Turut hadir Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembanguna­n Bakat merangkap

Pengerusi GKCDA Dato Sri Roland Sagah Wee Inn, Timbalan Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembanguna­n Wilayah Datuk Martin Ben, Timbalan Menteri Pengangkut­an (Laut dan Udara) merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Mambong Datuk Dr Jerip Susil dan tetamu yang lain.

Hadir sama Setiausaha Tetap Kementeria­n Industri Makanan, Komoditi dan Pembanguna­n Wilayah Sirai Daha serta Pegawai Tadbir Khas GKCDA Datu Ik Pahon Joyik.

“Saya difahamkan kawasan (RGC Padawan) ini dibangunka­n sebagai ‘coffee belt’ di mana perkara yang berkaitan dengan hal ehwal kopi akan ” tertumpu di sini.

 ?? — Roystein Emmor ?? TERMETERAI: Dr Rundi (tengah, belakang) menyaksika­n majlis menandatan­gani dokumen penyerahan RGC Padawan diwakili Ik Pahon (depan, kanan) kepada GKCDA yang diwakili Sirai (depan, kiri) pada majlis berkenaan di Pejabat Daerah Kecil Padawan semalam.
— Roystein Emmor TERMETERAI: Dr Rundi (tengah, belakang) menyaksika­n majlis menandatan­gani dokumen penyerahan RGC Padawan diwakili Ik Pahon (depan, kanan) kepada GKCDA yang diwakili Sirai (depan, kiri) pada majlis berkenaan di Pejabat Daerah Kecil Padawan semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia