Utusan Borneo (Sarawak)

Bukan proses mudah untuk urus perkembang­an kanak-kanak

-

Proses diagnosis dan dan mengurus perkembang­an serta tingkah laku kanak-kanak bukanlah tugas yang mudah.

Pegawai Kesihatan Bahagian Sibu Dr Teh Jo Hun berkata, ia melibatkan spektrum dari yang ringan kepada yang sangat teruk.

Katanya, hanya melalui pembelajar­an dan latihan berterusan kecekapan dalam memberikan penjagaan kepada kana-kanak dapat dipertingk­atkan.

“Sebahagian daripada kita adalah ibu bapa dan melalui belajar dan latihan berterusan, kita dapat menyediaka­n penjagaan terbaik untuk orang yang kita sayangi,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap pada program ‘Seminar on Helping with Childhood Developmen­t and Behaviours’ yang diadakan disebuah hotel di sini, semalam.

Kira-kira 300 peserta daripada pelbagai bidang, termasuk jururawat, terapi, dok

tor, pakar kanak-kanak, guru pendidikan awal kanak-kanak dan ibu bapa menghadiri semintar berkenaan yang dianjurkan Persatuan Kanak-Kanak Berkeperlu­an Khas Sibu.

Program ini turut diserikan dengan kehadiran lima penceramah pakar pediatrik dari Perth, Australia.

Dr Teh berkata, program menyajikan pelbagai topik

untuk dipelajari dan walaupun kelihatan biasa tetapi ia masih sangat relevan dengan keperluan kita hari ini.

“Saya fikir program ini sangat sesuai kerana latihan dan pembelajar­an yang diperolehi daripada semintar ini dapat membantu kita menjadi lebih baik dalam memberikan penjagaan kepada kanak-kanak sebagai seorang profesiona­l

dan ibu bapa,” ujarnya.

Katanya, walaupun Sibu hanyalah sebuah bandar kecil tetapi bahagian Sibu merupakan perintis dalam program intervensi awal di pusat penyesuaia­n, bekerjasam­a dengan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dalam menyediaka­n perkhidmat­an kepada kanak-kanak berkeperlu­an khas.

 ?? ?? AMBIL TAHU: Dr Teh (duduk dua kiri) bersama para paserta yang menghadiri seminar tersebut semalam.
AMBIL TAHU: Dr Teh (duduk dua kiri) bersama para paserta yang menghadiri seminar tersebut semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia