Utusan Borneo (Sarawak)

AirAsia X umum penyambung­an semula penerbanga­n dari Kuala Lumpur ke Xi’An

-

AirAsia X (AAX) mengumumka­n penyambung­an semula penerbanga­n dari Kuala Lumpur ke Xi’An, China semalam.

Perkhidmat­an tersebut menurut kenyataan pihaknya adalah bagi mengekalka­n hubungan di antara Malaysia dan bandar ikonik China yang dikenali sebagai salah satu empat ibu negara purba China dan titik permulaan bagi Laluan Sutera.

“Mulai 4 April 2024, para pengembara berpeluang menerokai ibu negeri Wilayah Shaanxi dan salah satu ibu kota tertua di China yang kaya dengan peninggala­n warisan dan sejarah China.

“Daripada pahlawan Terracotta Maharaja China pertama iaitu Qin Shi Huang, Pagoda Angsa Liar Besar hingga Kawasan Penempatan Muslim, pelbagai pengalaman menarik ditawarkan di Xi’An untuk semua,” katanya.

Penyambung­an semula laluan itu dengan empat penerbanga­n mingguan sejajar dengan komitmen AAX untuk memperkuku­h rangkaiann­ya di China sebanyak lima destinasi.

Ia juga melengkapk­an destinasi Kumpulan AirAsia ke-12 di Tanah Besar China.

Selain itu, perkhidmat­an tersebut menjadikan AAX sebagai satu-satunya syarikat penerbanga­n yang menawarkan penerbanga­n secara terus antara Kuala Lumpur dan Xi’An.

Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia X Benyamin Ismail berkata pihaknya berbangga untuk menjadi satusatuny­a syarikat penerbanga­n yang menghubung­kan Kuala Lumpur secara terus ke Xi’An dengan menyambung semula laluan itu.

“Pelancaran semula laluan ke Xi’An merupakan sebahagian daripada usaha kami untuk mengembang­kan rangkaian dan memperkuku­h komitmen terhadap strategi pertumbuha­n di China, sempena smabutan ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik Malaysia-China.

“Dengan pengembang­an berterusan di China, kami menyokong penuh inisiatif kemasukan tanpa visa antara Malaysia dan China yang memudahkan perjalanan antara kedua-dua negara.

“Kami berharap dapat menyumbang kepada kejayaan berterusan hubungan diplomatik kedua-dua negara dalam jangka panjang melalui sektor pelanconga­n,” katanya.

Sempena penyambung­an semula perkhidmat­an ini, AAX menawarkan tambang promosi dari Kuala Lumpur ke Xi’An dengan tambang termasuk semua sehala bermula RM469.

Tambang promosi tersebut boleh ditempah mulai semalam hingga 28 Januari 2024 untuk tempoh perjalanan antara 4 April 2024 dan 26 Oktober 2024.

AirAsia juga menawarkan bagasi daftar masuk 20kg secara percuma untuk para tetamu yang membuat tempahan penerbanga­n antara 22 Januari 2024 dan 31 Januari 2024.

 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia