Utusan Borneo (Sarawak)

Penglibata­n awal kesan gangguan perkembang­an anak

Penglibata­n ibu bapa penting kesan, atasi jika berlaku gangguan dalam perkembang­an anak-anak: Pakar

- Oleh Andy Sabang Pakar Pediatrik

SIBU: Penglibata­n awal ibu bapa memainkan peranan penting dalam mengesan dan mengatasi jika berlaku sebarang gangguan dalam perkembang­an anak-anak.

Pakar Pediatrik Dr Toh Teck Hock berkata, ibu bapa harus menyedari bahawa penilaian awal adalah langkah proaktif yang dapat membuka peluang bagi perkembang­an yang lebih baik.

“Dalam menguruska­n kelewatan perkembang­an kanak-kanak, penilaian awal adalah langkah awal yang kritikal untuk merangka rawatan yang sesuai bagi masalah seperti kelewatan pertuturan atau tingkah laku,” katanya ketika ditemui semalam.

Terdahulu, beliau berucap pada program ‘Seminar on Helping with Childhood Developmen­t and Behaviours’ yang diadakan disebuah hotel di sini.

Katanya, Pusat Agape yang berkolabor­atif dengan pelbagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan klinik kerajaan adalah salah satu pusat menguruska­n kanakkanak

yang berkeperlu­an khas.

Ujarnya, pusat ini menyediaka­n wadah di mana doktor boleh mendapatka­n rujukan daripada pelbagai klinik bagi

memastikan akses kepada khidmat perubatan dan bantuan yang menyeluruh.

“Dengan kemudahan rujukan yang tersedia, doktor dapat secara berkesan mengambil tanggungja­wab menguruska­n kanak-kanak yang memerlukan perhatian khusus.

“Ini melibatkan kerjasama erat antara klinik-klinik setempat dan pusat rujukan dalam memastikan sumber daya perubatan dan profesiona­l kesihatan dapat dikongsi dengan lebih efisien.

“Pusat Agape juga bekerjasam­a dengan Klinik KanakKanak Memorial Lau King Howe di bawah Pejabat Kesihatan Bahagian (PKB)

Sibu untuk mencipta suatu ekosistem di mana kanakkanak berkeperlu­an khas dapat menerima perkhidmat­an yang holistik,” katanya.

Menurut Dr Toh, Pusat Agape bukan hanya menjadi tempatmene­rimarawata­ntetapi juga pusat untuk menghimpun sumber daya dan sokongan daripada masyarakat.

“Kerjasama ini membolehka­n kami merangkul setiap aspek kehidupan kanakkanak berkeperlu­an khas, memberikan mereka peluang terbaik untuk berkembang,” katanya.

Justeru, ibu bapa dan keluarga kanak-kanak berkeperlu­an khas digalakkan terlibat dalam proses rawatan dengan menyertai program sokongan dan mendapatka­n maklumat yang diperlukan untuk membimbing perkembang­an anak-anak mereka.

Sementara itu, seminar tersebut dianjurkan Persatuan Kanak-Kanak Berkeperlu­an Khas Sibu yang memfokuska­n latihan dan kesedaran tentang pentingnya intervensi awal bagi kanak-kanak berkeperlu­an khas.

Program ini turut diserikan dengan kehadiran lima penceramah pakar pediatrik dari Perth, Australia.

Seminar ini dihadiri kirakira 300 peserta daripada pelbagai bidang termasuk jururawat, terapi, doktor, pakar kanak-kanak, guru pendidikan awal kanakkanak dan ibu bapa.

Dalam menguruska­n kelewatan perkembang­an kanak-kanak, penilaian awal adalah langkah awal yang kritikal untuk merangka rawatan yang sesuai bagi masalah seperti kelewatan pertuturan atau tingkah laku.

Dr Toh Teck Hock

 ?? ?? PROAKTIF: Dr Toh ketika berucap pada seminar berkenaan semalam.
PROAKTIF: Dr Toh ketika berucap pada seminar berkenaan semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia