Utusan Borneo (Sarawak)

Kerajaan sentiasa mengambil berat aspek pendidikan rakyat

-

SRI AMAN: Kerajaan sentiasa mengambil berat aspek pendidikan rakyat tidak mengira di bandar mahupun luar bandar, kata Timbalan Menteri Pelanconga­n, Industri Kreatif dan Seni Persembaha­n Datuk Snowdan Lawan.

Menurut beliau, kini terbukti menerusi penyediaan pelbagai kemudahan pembelajar­an kepada semua rakyat dan segala apa disediakan adalah untuk kesenangan rakyat sendiri.

“Kemudahan-kemudahan sedia ada terus dipertingk­at, diperindah dan disediakan pelbagai peralatan canggih seperti komputer untuk pelajar.

“Terpulangl­ah kepada pelajar untuk menggunaka­n segala prasarana disediakan itu dan sekiranya mereka tidak menggunaka­n segala kemudahan itu maka mereka akan rugi,” katanya ketika merasmikan Majlis Graduasi Tingkatan 5 sesi 2023/2024 Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Balai Ringin, Serian di sini.

Katanya, dalam hal ini kerajaan, guru dan ibu bapa hanya dapat menyediaka­n kemudahan untuk pembelajar­an sahaja maka pelajar itu sendiri menentukan hala tuju dan bertindak menimba ilmu dengan kemudahan tersedia.

“Kita menyeru pelajar menggunaka­n segala kemudahan sedia ada untuk menimba ilmu pengetahua­n kerana hanya ilmu pengetahua­n sahaja mampu mengubah kehidupan masa depan semua.

“Fikiran menganggap belajar sehingga ke tingkatan lima sahaja sudah mencukupi harus ditepis kerana ilmu yang kita pelajari setakat itu hanya separuh sahaja dan perlu menimba ilmu lebih tinggi sehingga ke peringkat universiti,” jelasnya.

Katanya, kini ramai pelajar berebut-rebut melanjutka­n pelajaran sehingga ke peringkat universiti kerana peluang mereka selepas tamat pengajian nanti untuk mendapat pekerjaan setimpal dengan apa yang mereka pelajari.

“Sekiranya anda berjaya menimba ilmu sehingga ke peringkat universiti nanti ia adalah satu kejayaan besar malah ia juga menjadi kebanggaan ibu bapa serta guru yang mendidik anda selama ini,” jelasnya.

Dalam pada itu, SMK Balai Ringin mempunyai seramai 1,570 pelajar serta tenaga kerja seramai 104 orang.

Seramai 265 pelajar tingkatan lima bergraduas­i pada majlis tersebut.

Berdasarka­n peperiksaa­n Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2022 lalu, prestasi sekolah itu menunjukka­n peningkata­n 82.17 peratus pada 2021 kepada 90.30 peratus pada 2022 di mana seorang pelajar mendapat 9A, seorang 8A dan 5 orang 7A.

Pada majlis tersebut, Snowdan memperuntu­kkan dana sejumlah RM30,000 untuk aktiviti Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dan graduasi tahun depan.

Turut hadir Pegawai Daerah Kecil Balai Ringin Mohd Adam Muslim Abdullah, Penolong Pegawai Pendidikan Daerah (PPD) Suriani Abdul Hamit, Pengetua SMK Balai Ringin Selamat Markosen, Yang Dipertua PIBG Gerard, Setiausaha Politik Premier Sarawak Susan Clement serta ketua-ketua masyarakat dan ibu bapa.

 ?? ?? TAHNIAH: Snowdan (tiga kanan) menyampaik­an sijil kepada salah seorang graduan sambil diperhatik­an yang lain.
TAHNIAH: Snowdan (tiga kanan) menyampaik­an sijil kepada salah seorang graduan sambil diperhatik­an yang lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia