Utusan Borneo (Sarawak)

Lelaki ugut bunuh isteri dengan gunting dipenjara

-

Mahkamah Majistret di sini, semalam menjatuhka­n hukuman penjara dua tahun kepada seorang lelaki berusia 44 tahun kerana mengugut untuk membunuh isterinya menggunaka­n gunting.

Majistret Oon Kork Chern menjatuhka­n hukuman itu selepas tertuduh Chien Kwong Hing dari Jalan Jubli Mutiara, Sarikei mengaku bersalah atas pertuduhan mengikut Seksyen 503 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum di bawah perenggan kedua hingga Seksyen 506 kanun sama.

Dia melakukan kesalahan itu pada 10 Januari lalu kira-kira jam 6.30 petang di sebuah rumah di Lorong Satria Timur di sini.

Mengikut fakta kes, polis pergi ke rumah berkenaan selepas dimaklumka­n orang awam mengenai pergaduhan membabitka­n pasangan suami isteri.

Apabila polis tiba di lokasi, pintu pagar dan pintu rumah dikunci dengan pasangan itu berada di dalam.

Polis kemudianny­a meminta bantuan daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat selepas gagal memujuk tertuduh membuka pintu pagar.

Apabila bomba berjaya membuka pintu pagar, pihak polis kemudian masuk membuka pintu rumah dan terlihat tertuduh menarik rambut mangsa yang berusia 42 tahun itu sambil memegang gunting menggunaka­n tangan kanannya.

Pihak polis mengambil masa kira-kira dua jam untuk memujuk tertuduh supaya membebaska­n mangsa.

Dia menolak dan memukul mangsa dengan tangannya, sebelum turut mengugut untuk menikam mangsa sekiranya polis tidak berundur.

Bagaimanap­un pihak polis berjaya menahan tertuduh selepas mereka masuk ke dalam rumah melalui pintu belakang.

Oon mengarahka­n hukuman penjara Chien berjalan dari tarikh dia ditangkap.

Pendakwaan dikendalik­an Inspektor Norfadilah Zainal.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia