Utusan Borneo (Sarawak)

Lelaki jatuh dari Jambatan Lutong belum ditemui

Operasi SAR diteruskan semalam di kawasan seluas satu kilometer di bahagian hilir Sungai Lutong

- Oleh Rosemaria Buma

Bagaimanap­un, sehingga jam 1.20 petang ini, mangsa masih belum ditemui.

MIRI: Operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang lelaki yang dikhuatiri lemas setelah terjatuh dari Jambatan Lutong petang kelmarin, diteruskan semalam dengan ruang lingkup pencarian meliputi kawasan seluas satu kilometer (km) di bahagian hilir Sungai Lutong.

Penguasa Bomba Awangku Mohd Hazmin Awang Zainal Pemangku Ketua JBPM Zon 6 Miri

Pemangku Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Zon 6 Miri Penguasa Bomba Awangku Mohd Hazmin Awang Zainal berkata, operasi hari kedua kelmarin disambung semula jam 8 pagi semalam dan turut disertai anggota polis.

“Bagaimanap­un, sehingga jam 1.20 petang ini, mangsa masih belum ditemui,” katanya ketika dihubungi Utusan Borneo.

Terdahulu menurut Awangku Mohd Hazmin, pihaknya telah menerima panggilan kecemasan berhubung insiden itu pada jam 2.16 petang kelmarin.

Serentak itu katanya, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Lutong telah bergerak ke lokasi yang sejauh 14 kilometer.

Setiba di lokasi kejadian, komander operasi terus mendapatka­n maklumat daripada penduduk kampung dan seorang saksi yang ternampak mangsa berada di atas jambatan sewaktu beliau memandu melalui jambatan tersebut.

Katanya, berdasarka­n maklumat awal daripada penduduk kampung, mangsa bukan berasal dari kampung berdekatan.

“Berikutan itu, operasi carilamat dimulakan dengan kaedah pencarian di permukaan sejauh dua kilometer di bahagian hilir dan hulu sungai berkenaan.

“Tiada selaman dilakukan berikutan keadaan air sungai yang keruh dan kawasan berisiko buaya amat berbahaya untuk keselamata­n anggota penyelamat,” katanya yang juga merupakan Ketua Bahagian Forensik Kebakaran Zon 6 Sarawak.

Sehubungan itu katanya, operasi hari pertama ditangguhk­an jam 6 petang.

Dalam perkembang­an berkaitan, Ketua Polis Daerah Miri ACP Alexson Naga Chabu mengesahka­n pihaknya ada menerima laporan polis daripada orang awam berhubung kejadian seorang lelaki terjun ke Sungai Lutong.

“Menurut pengadu, sekitar

jam 2.10 petang semalam (Ahad) ketika sedang memandu melalui Jambatan Lutong dari arah pusat bandar menghala ke Lutong, dia ternampak seorang lelaki tidak dikenali sedang duduk di tepi Jambatan Lutong.

“Apabila memandang ke

cermin sisi kenderaann­ya, pengadu melihat lelaki terbabit terjun ke dalam Sungai Lutong,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarka­n semalam.

Berikutan itu kata Alexson, operasi mencari dan menyelamat mangsa dilancarka­n

mulai jam 3 petang kelmarin melibatkan anggota polis, bomba, Pasukan Polis Marin Wilayah 5 dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia.

Sehubungan itu, orang awam dinasihatk­an agar tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kejadian itu.

 ?? ?? HARI KEDUA: Operasi SAR seorang lelaki yang dikhuatiri lemas setelah terjatuh dari Jambatan Lutong petang kelmarin disambung semula pagi semalam melibatkan anggota bomba dan polis.
HARI KEDUA: Operasi SAR seorang lelaki yang dikhuatiri lemas setelah terjatuh dari Jambatan Lutong petang kelmarin disambung semula pagi semalam melibatkan anggota bomba dan polis.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia