Utusan Borneo (Sarawak)

Pekerja kedai ‘bundle’ cederakan adik dipenjara enam bulan

-

Seorang pekerja kedai ‘bundle’ dipenjara enam bulan oleh Mahkamah Majistret hari ini selepas mengaku bersalah menendang belakang badan dan menumbuk dahi adik perempuann­ya.

Majistret Mason Jaro Lenya Barayan memerintah­kan hukuman penjara bagi Amierul Hanasaffiz­an Kaha, 32, dikuat kuasakan mulai semalam.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 326A Kanun sama yang membawa hukuman penjara sehingga setahun atau denda sehingga RM2,000 jika sabit kesalahan.

Mengikut pertuduhan, lelaki itu didakwa melakukan kesalahan tersebut terhadap adik kandung perempuann­ya yang berusia 15 tahun di sebuah rumah di Taman Dahlia, Batu 5 Matang di sini pada 13 Januari 2024 sekitar jam 8.17 malam.

Fakta kes mendedahka­n tertuduh masuk ke dalam bilik mangsa dan mengganggu­nya dengan cara menolak badan mangsa beberapa kali.

Mangsa menegur tertuduh untuk tidak berbuat demikian namun tertuduh tidak mengendahk­annya malah tertuduh terus mengganggu mangsa secara berterusan.

Berikutan itu, mangsa yang tidak tahan dengan sikap tertuduh bertindak menjerit memanggil ibunya.

Apabila ibu mangsa masuk ke dalam bilik, tertuduh terus menarik rambut dan menendang belakang mangsa dengan kuat.

Tertuduh juga dilaporkan bertindak semakin agresif dengan menumbuk dahi mangsa dengan kuat menggunaka­n tangan kanannya.

Selain itu, tertuduh turut membaling barang-barang di dalam bilik mangsa sehingga bertaburan dan menghentak pintu almari pakaian dengan kuat.

Khuatir akan keselamata­n diri dan keluarga, mangsa membuat laporan polis dan hasil siasatan mendapati mangsa mengalami sakit di bahagian dahi akibat ditumbuk dan sakit di bahagian belakang badan akibat ditendang oleh tertuduh.

Tiada sebarang kerosakan dan kerugian akibat kejadian tersebut.

Pendakwaan dilakukan Pegawai Pendakwa Inspektor Merylene Lindan Andrew Mang sementara tertuduh tidak diwakili peguam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia