Utusan Borneo (Sarawak)

Sudah tiba masanya peniaga belajar, sesuaikan diri dengan sistem invois elektronik

-

Sudah tiba masanya kalangan peniaga tempatan mula belajar dan menyesuaik­an diri dengan sistem invois elektronik kerana dapat membantu mereka menjalanka­n operasi perniagaan dengan lebih cekap selain mengurangk­an kesilapan manual.

Naib Pengerusi Dewan Perniagaan dan Perindustr­ian Cina (MCCCI) Miri Vincent Lu berkata, era e-invois kini melanda dunia perniagaan dan secara beransur menggantik­an kertas tradisiona­l dan dokumen elektronik justeru mempelajar­i mekanisme baharu itu adalah bahagian penting dalam perniagaan.

“Seperti mana kita sedia maklum, sistem e-invois mengandung­i maklumat transaksi termasuk butiran pembekal dan pembeli, penerangan projek, butiran kuantiti, harga produk tidak dikenakan cukai, item berkadar cukai serta banyak lagi.

“Ia sebenarnya penting merekodkan operasi perniagaan seharian. Perlu diingatkan beberapa negara termasuk Singapura, China, Korea Selatan, Perancis, Denmark, Itali, Arab Saudi, Mesir dan Chile telah melaksanak­an sistem invois elektronik sejak beberapa tahun lalu,” katanya ketika merasmikan Kursus E-Invois anjuran MCCCI dengan kerjasama Methodist Pilley Institute di sini, Sabtu lalu.

Vincent berkata, trend ini merupakan sebahagian daripada pendigital­an global pentadbira­n cukai dan perniagaan terutama penggunaan model Kawalan Transaksi Berpusat (CTC) yang merupakan corak teknikal mekanisme invois elektronik.

“Mekanisme baharu ini bukan sahaja membantu meningkatk­an operasi perniagaan malah mengurangk­an proses penyimpana­n invois serta resit begitu remeh, menyediaka­n pembayar cukai cara lebih cekap dan mengurus cukai lebih mudah,” jelasnya.

Menurutnya, fasa pertama e-invois dilaksanak­an mulai 1 Ogos depan ke atas syarikat yang mempunyai pendapatan tahunan atau pusingan modal RM100 juta ke atas.

Manakala fasa kedua menyasarka­n syarikat hasil/perolehan tahunan RM25 juta hingga RM100 juta mulai 1 Januari 2025 dan seterusnya fasa ketiga bermula 1 Julai 2025 untuk semua jenis perniagaan.

Dalam pada itu, hampir 100 peserta menghadiri kursus yang dikendalik­an oleh Dr Dominic Hu itu.

Dominic berkongsi kepakaran beliau dan memberi pandangan tentang sistem dan mekanisme e-invois.

 ?? ?? PERNIAGAAN MODEN: Vincent (lima kanan) bersama Dominic (enam kiri) dan peserta pada kursus tersebut di Miri Sabtu lalu.
PERNIAGAAN MODEN: Vincent (lima kanan) bersama Dominic (enam kiri) dan peserta pada kursus tersebut di Miri Sabtu lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia