Utusan Borneo (Sarawak)

Menjurus kepada penipuan, Hap2py dilarang kendali P2P

SC beri amaran keras kepada orang ramai jalankan urusan pelaburan dengan Hap2py kerana tidak dibenarkan di Malaysia

-

KUCHING: Suruhanjay­a Sekuriti Malaysia (SC) melarang Hap2py mengendali­kan P2P di Malaysia yang turut dipercayai menjurus kepada aktiviti penipuan atau ‘scam’.

Menurut kenyataan pihaknya semalam, SC memberi amaran keras kepada orang ramai yang menjalanka­n sebarang urusan pelaburan dengan Hap2py, platform pembiayaan antara rakan setara/peer-to-peer (P2P financing) kerana ia tidak dibenarkan di Malaysia.

“Sehingga kini, SC telah campur tangan dan mengambil beberapa tindakan terhadap Hap2py, termasuk menyenarai­kan platform tersebut dalam Senarai Peringatan Pelabur SC, menyekat beberapa laman webnya dan mengeluark­an perintah henti operasi.

“Bagaimanap­un SC mendapati Hap2py tetap terus mendekati pelabur Malaysia melalui pelbagai cara, termasuk melalui variasi laman webnya serta iklan di media sosial.

“Di samping itu, didapati terdapat banyak pertanyaan dan aduan terhadap entiti ini daripada orang ramai.

“SC memandang serius ketidakpat­uhan ini, serta tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan selanjutny­a dan/atau sebarang tindakan lain yang wajar, termasuk tindakan penguatkua­saan,” katanya.

Hap2py bukan Pengendali Pasaran Diiktiraf (RMO) yang dibenarkan.

Ia kini mengendali­kan platform P2P tanpa mendapatka­n kebenaran SC sebagai RMO, yang merupakan satu kesalahan di bawah Seksyen 7(1) (e) yang dibaca bersama Seksyen 34 Akta Perkhidmat­an Pasaran Modal 2007.

Jika sabit kesalahan, individu atau entiti tersebut boleh didenda tidak melebihi RM10 juta atau penjara selama tempoh tidak melebihi sepuluh tahun atau kedua-duanya sekali.

Oleh itu, SC menggesa pelabur dan mereka yang ingin mengumpul dana untuk tidak berurusan atau melabur sama sekali melalui Hap2py, tegasnya kembali.

SC menekankan kepentinga­n untuk pelabur hanya melabur dengan RMO yang didaftarka­n dan dibenarkan oleh SC.

Ini kerana RMO berdaftar telah menjalani penelitian kawal selia dan dikehendak­i mematuhi garis panduan dengan ketat supaya pelabur dilindungi di bawah undangunda­ng sekuriti Malaysia.

Pelabur yang berurusan dengan entiti tidak berlesen atau tidak dibenarkan terdedah kepada pelbagai risiko, termasuk penipuan (scam).

Sekiranya berlaku pertikaian, pelabur tidak akan mendapat bantuan undangunda­ng.

Pada ketika ini, terdapat 12 RMO berdaftar untuk pembiayaan P2P seperti yang disenaraik­an di sini.

Hanya mereka yang tersenarai merupakan pengendali platform yang dibenarkan untuk mengendali­kan P2P di Malaysia.

Pelabur digesa mengesahka­n kesahihan dan status individu atau syarikat yang menawarkan peluang pelaburan, terutama yang menjanjika­n pulangan tinggi dengan sedikit atau tiada risiko, melalui Senarai Peringatan Pelabur SC.

Sehingga kini, SC telah campur tangan dan mengambil beberapa tindakan terhadap Hap2py, termasuk menyenarai­kan platform tersebut dalam Senarai Peringatan Pelabur SC, menyekat beberapa laman webnya dan mengeluark­an perintah henti operasi.

Suruhanjay­a Sekuriti Malaysia

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia