Utusan Borneo (Sarawak)

Lesen B automatik: Had umur, tempoh pemilikan lesen B2 antara yang perlu dipertimba­ng

-

Had umur dan tempoh pemilikan lesen memandu kelas B2 bagi motosikal adalah antara perkara yang perlu dipertimba­ngkan sebelum cadangan naik taraf kepada lesen kelas B secara automatik dapat diputuskan, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata perkara itu akan dimuktamad­kan dalam mesyuarat terperinci dengan Jabatan Pengangkut­an Jalan (JPJ) dan Jabatan Siasatan dan Penguatkua­saan Trafik (JSPT) Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam masa terdekat.

“Apa yang kami bincangkan tadi, ada tempoh tertentu dari segi umur iaitu pemohon itu mesti berumur 35 tahun ke atas, keduanya memegang lesen B2 untuk satu tempoh yang tertentu, baru layak untuk mendapat B penuh. Perkara ini kita akan muktamadka­n bila bermesyuar­at dengan JPJ dan JSPT,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Sesi Libat Urus Bersama Persatuan Motosikal Malaysia, di sini, semalam.

Isu lesen berkenaan dibangkitk­an peserta sesi libat urus hari ini, yang turut dihadiri Menteri Pengangkut­an Anthony Loke dan Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah.

Ahmad Zahid pada bulan Ogos lepas mencadangk­an supaya lesen memandu kelas B2 dinaik taraf kepada kelas B secara automatik, dan menurutnya perkara itu akan dibawa ke Kementeria­n Pengangkut­an (MOT) untuk diteliti terlebih dahulu.

JPJ mengklasif­ikasikan lesen memandu kelas B2 bagi motosikal tidak melebihi 250cc manakala kelas B membabitka­n motosikal melebihi 500cc.

Loke pada sesi libat urus itu berkata keputusan menaik taraf kepada lesen B secara automatik tidak mudah kerana statistik JSPT menunjukka­n kemalangan jalan raya paling banyak melibatkan mereka yang berumur dalam kalangan 16 hingga 35 tahun.

“Kita lihat data, kalau mereka yang baru dapat lesen B2 diberi lesen B, dia akan bertindak sewenang-wenangnya, kalau berumur sedikit mungkin lebih berpengala­man selain ada tanggungja­wab kepada keluarga dan sebagainya,” kata Loke.

Sementara itu, Ahmad Zahid berkata jumlah kematian penunggang motosikal akibat nahas jalan raya pada tahun 2023 meningkat 10 peratus iaitu 4,480 kemalangan maut berbanding 4,071 kes pada tahun 2022.

“Tahun ini kita berazam untuk mengadakan beberapa program termasuk penguatkua­saan, pendidikan dan engagement dengan persatuan permotoran untuk turunkan kadar kematian kepada 50 peratus menjelang 2030,” katanya.

Selain itu, Ahmad Zahid berkata Jemaah Menteri bersetuju menggabung­kan dua Jawatankua­sa Kabinet di bawah Kementeria­n Pengangkut­an iaitu Jawatankua­sa Kabinet Mengenai Kesesakan Jalan Raya dan Jawatankua­sa Kabinet Keselamata­n Jalan Raya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia