Utusan Borneo (Sarawak)

Johari seru warga Parlimen gembleng tenaga tingkat prestasi

-

Warga Parlimen Malaysia perlu menggemble­ng tenaga untuk meningkatk­an prestasi institusi berkenaan dengan mendemokra­sikan Parlimen dan mendekatka­nnya kepada rakyat melalui pelbagai program jangkauan, kata Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Johari Abdul.

Beliau berkata ini selaras dengan kepimpinan Sultan

Ibrahim Sultan Iskandar yang telah dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong Ke-17 berkuat kuasa 31 Jan ini, yang tegas menyuaraka­n pendapat mengenai isu dan dasar kerajaan.

“Dengan kesediaan baginda untuk bertitah mengenai isu-isu yang dekat dengan hati rakyat Malaysia, warga Parlimen Malaysia yang bekerja di institusi yang bertindak sebagai wadah suara nurani rakyat harus samasama menggemble­ng tenaga untuk sentiasa meningkatk­an prestasi institusi ini kepada tahap yang tinggi.

“Justeru, saya ingin menitipkan pesan kepada semua warga Parlimen agar kita senantiasa berilitiza­m untuk menjaga kesatuan perpaduan kita sebagai rakyat Malaysia demi keamanan dan kedamaian negara,” katanya pada Majlis Amanat Yang Dipertua Dewan Rakyat Tahun 2024, semalam.

Johari turut menjunjung kasih Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah atas kebijaksan­aan dan pertimbang­an Seri Paduka yang amat teliti mengemudi bahtera negara walaupun dilanda badai pandemik dan ketidakten­tuan politik, untuk memastikan negara ini kekal aman makmur.

Dalam amanatnya, Johari berkata warga Parlimen Malaysia harus bergerak seiring dengan momentum negara yang positif serta ditandakan dengan perkembang­an ekonomi sebanyak empat hingga lima peratus pada 2024, di samping nilai pelaburan RM225 bilion dalam tempoh sembilan bulan pertama 2023.

Selain itu, beliau berkata Parlimen Malaysia sebagai pengerusi Persidanga­n Antara Parlimen ASEAN (AIPA) pada 2025 harus memainkan peranan bekerjasam­a rapat dengan semua negara anggota, rakan dialog dan rakan luar untuk merealisas­ikan Komuniti ASEAN yang adaptif, tangkas, proaktif dan responsif untuk meraih peluang.

Johari turut merakamkan penghargaa­n dan ucapan terima kasih kepada Tan Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar atas sumbangan dan khidmat bakti sebagai Yang Dipertua Dewan Negara, khususnya dalam usaha mengembali­kan kedudukan institusi Parlimen sebagai badan bebas. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia