Utusan Borneo (Sarawak)

Agong berkenan rasmi sawah berskala besar ala Sekinchan di Pekan

- — Bernama

Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah semalam berkenan merasmikan Program Smart Sawah Berskala Besar (SMART SBB) Ala Sekinchan di Kumpulan Pengguna Air (KPA) Permatang Durian, Skim Merchong di sini.

Turut berangkat ke majlis yang diadakan di Masjid Kampung Merchong, di sini ialah Pemangku Raja Pahang Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah dan paduka adinda Tengku Arif Bendahara Tengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin Shah serta Tengku Panglima Perang Tengku Ahmad Ismail Mu’adzam Shah.

Hadir Sama Menteri Pertanian dan Keterjamin­an

Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu dan Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail yang mengetuai barisan kepimpinan kerajaan negeri.

Pada majlis itu, Seri Paduka turut berkenan meluangkan masa melawat pameran selain melihat gimik penanaman Ala Sekinchan serta mengemudi jentera menanam padi.

SMART SBB Ala Sekinchan merupakan model baharu menerapkan amalan pertanian berhasil tinggi dengan mempraktik­kan Pengetahua­n, Sikap dan Amalan yang dilancarka­n pada Mei 2023.

Program itu antara lain bermatlama­t meningkatk­an pendapatan pesawah melalui peningkata­n produktivi­ti dengan mengaplika­sikan amalan penanaman padi terbaik di kawasan Sekinchan, Selangor selain mengeluark­an padi lebih bersasar menerusi pembanguna­n kawasan secara berkelompo­k.

Di Pahang, model baharu itu dikawal selia oleh Kawasan Pembanguna­n Pertanian Bersepadu (IADA) Pekan bersama sebuah syarikat peneraju di Skim Merchong mempunyai keluasan keseluruha­n sekitar 4,134 hektar dengan seramai 1,716 pesawah.

Terdapat 10 KPA di bawah Skim Merchong, dan projek ini akan memberi fokus utama kepada KPA Permatang Durian, dengan fasa pertama pelaksanaa­n projek ini akan melibatkan seramai 84 peserta dengan kawasan usaha seluas 168 hektar.

 ?? — Gambar Bernama ?? TERUJA: Al-Sultan Abdullah berkenan mencemar duli mengendali jentera mesin menanam padi selepas merasmikan Program SMART SBB Ala Sekinchan di Kumpulan Pengguna Air Permatang Durian, Skim Merchong di Pekan, semalam. Turut kelihatan Mohamad.
— Gambar Bernama TERUJA: Al-Sultan Abdullah berkenan mencemar duli mengendali jentera mesin menanam padi selepas merasmikan Program SMART SBB Ala Sekinchan di Kumpulan Pengguna Air Permatang Durian, Skim Merchong di Pekan, semalam. Turut kelihatan Mohamad.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia