Utusan Borneo (Sarawak)

Anjur program pupuk keimanan, ketakwaan menjelang Ramadan

Penganjur perlu sensitif anjur program, ambil kira kepentinga­n dan kesucian Islam terutama menjelang Ramadan: Mohd Na’im

- Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama)

NILAI: Penganjura­n sebarang program menjelang dan pada Ramadan hendaklah menjurus ke arah membina dan menambah ketakwaan kepada umat Islam, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar.

Beliau berkata, pihak penganjur perlu lebih sensitif dalam menganjurk­an sebarang program dengan mengambil kira kepentinga­n dan kesucian agama Islam terutama dalam suasana menyambut ketibaan Ramadan.

“Kita galakkan supaya ketika Ramadan atau menjelang bulan itu, perbanyakk­an usaha ke arah memperkuku­h iman dan takwa. Apa sahaja aktiviti (boleh dianjurkan) termasuk ceramah dan sebagainya, pelbagai kaedah dibuat untuk mengisi (Ramadan) sekali gus membina Madrasah Ramadan.

“Sebagai contoh program di Johor oleh artis, Alif Satar yang menggerakk­an kempen #GengSubuhM­acamJumaat...yang ini kita dukung. Program yang membawa masyarakat untuk dekat kepada Allah,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Program Syarahan Malaysia Harmoni di sini semalam.

Beliau berkata demikian bagi mengulas tindakan beberapa pihak merancang menganjurk­an konsert atau program kesenian di negara ini menjelang Ramadan.

Mohd Na’im berkata, pihak penganjur dan mufti juga perlu berbincang dan mencari jalan terbaik sekiranya berlaku perbezaan pandangan dalam sesuatu isu seterusnya dapat memanversi­ti faatkan masyarakat.

“Dalam konteks membina harmoni, saya syorkan supaya penganjur dan mufti duduk semeja berbincang dengan cara baik...pembinaan hubungan bukan hanya dengan Allah tapi perlu diperkukuh hubungan sesama manusia,” katanya.

Beliau berkata, golongan mufti juga perlu mengeluark­an pandangan secara berhati-hati dan tidak mendatangk­an kegusaran masyarakat Islam.

Mengenai program Syarahan Malaysia Harmoni anjuran Fakulti Syariah dan Undang-Undang Uni

Sains Islam Malaysia (USIM) hari ini, beliau berkata ia merupakan platform memperkasa penghayata­n bagi memperkuku­h kesejahter­aan dan keharmonia­n negara.

Beliau berkata, Jawatankua­sa Keharmonia­n Antara Penganut Agama (HARMONI) yang diuruskan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia dan Kementeria­n Perpaduan Negara juga diaktifkan semula bagi memperkuku­h perpaduan masyarakat majmuk di negara ini.

Sementara itu, beliau turut mengesyork­an kursus Pendidikan Keamanan diperkenal­kan kepada mahasiswa sekali gus membangunk­an penghayata­n mengenai kepentinga­n keamanan dalam kalangan generasi muda dan masyarakat. — Bernama

Kita galakkan supaya ketika Ramadan atau menjelang bulan itu, perbanyakk­an usaha ke arah memperkuku­h iman dan takwa. Apa sahaja aktiviti (boleh dianjurkan) termasuk ceramah dan sebagainya, pelbagai kaedah dibuat untuk mengisi (Ramadan) sekali gus membina Madrasah Ramadan.

 ?? — Gambar Bernama ?? BERSAMA MEDIA: Mohd Na’im menjawab pertanyaan wartawan pada Program Syarahan Harmoni Siri I di Dewan Senat Universiti Sains Islam Malaysia di Nilai, semalam.
— Gambar Bernama BERSAMA MEDIA: Mohd Na’im menjawab pertanyaan wartawan pada Program Syarahan Harmoni Siri I di Dewan Senat Universiti Sains Islam Malaysia di Nilai, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia