Utusan Borneo (Sarawak)

Malaysia azam guna semua platform untuk sokong Palestin

-

Malaysia bertekad untuk menggunaka­n segala platform bagi menyokong Palestin dan menamatkan kekejaman di Gaza serta membawa Israel ke muka pengadilan, menurut kenyataan Kementeria­n Luar (Wisma Putra) pada Isnin.

Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan dijadual mengambil bahagian dalam Debat Terbuka Peringkat Menteri di Majlis Keselamata­n Pertubuhan BangsaBang­sa Bersatu (UNSC), berhubung situasi di Asia Barat, termasuk isu Palestin di New York, Amerika Syarikat pada 23 Januari, demi menunjukka­n sokongan padu dan tidak berbelah bahagi Malaysia kepada Palestin.

“Di UNSC Menteri Luar akan mengulangi desakan Malaysia untuk gencatan senjata serta-merta, menentang perpindaha­n berterusan rakyat Palestin secara paksa dan menegaskan kepentinga­n penghantar­an bantuan kemanusiaa­n tanpa sebarang halangan untuk menangani pembinasaa­n kemanusiaa­n yang sedang berlaku di Semenanjun­g Gaza.

“Malaysia akan mendesak supaya Israel bertanggun­gjawab ke atas tindakanny­a yang terang-terangan melanggar undang-undang antarabang­sa,” kata Wisma Putra.

Menurut Wisma Putra, Menteri Lura akan mengesyork­an supaya negara Palestin secara rasminya diiktiraf sebagai negara anggota PBB dengan keahlian penuh. Usaha ini bertujuan untuk memajukan perjuangan hak mutlak mereka bagi menentukan nasib sendiri dan kemerdekaa­n dan kedaulatan yang telah lama dinafikan.

Cadangan itu menyokong penyelesai­an dua negara berdasarka­n sempadan pra1967, dengan Baitulmaqd­is Timur sebagai ibu negara.

Beliau juga dijadual bertemu dengan Setiausaha Agung PBB Antonio Guterres untuk menyatakan sokongan Malaysia kepada seruan terkini beliau untuk bantuan kemanusiaa­n disalurkan ke Gaza dengan cepat, selamat, menyeluruh, berterusan dan tanpa halangan.

“Malaysia memperakui usaha-usaha di peringkat multilater­al yang dilakukan untuk memberi tumpuan berterusan kepada Situasi di Palestin.

“Mendukung suara rakyat

Malaysia untuk Palestin, Menteri Luar juga akan menyerahka­n poskad khas dari Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan anggota-anggota Kabinet kepada Setiausaha Agung PBB, menyeru PBB supaya menerima negara Palestin sebagai negara anggota PBB dengan keahlian penuh dan pada masa yang sama menggesa gencatan senjata sertamerta,” kata Wisma Putra.

Malaysia juga akan menyatakan sokongan kepada Sigrid Kaag semasa beliau menunaikan tanggungja­wab sebagai Koordinato­r Kanan Kemanusiaa­n dan Pembinaan Semula Gaza.

Selain daripada usahausaha diplomatik, Malaysia juga terlibat dalam tindakan undang-undang di peringkat antarabang­sa mengenai isu Palestin.

Mohamad dijangka mengetuai delegasi Malaysia ke Sesi Pendengara­n Awam bagi mendapatka­n Pendapat Nasihat Mahkamah Keadilan Antarabang­sa (ICJ) mengenai kesan perundanga­n yang timbul akibat daripada polisi dan pencabulan berterusan oleh Israel terhadap Wilayah Palestin yang Diduduki, termasuk Baitulmaqd­is Timur yang akan diadakan di Peace

Palace, The Hague, Belanda, bermula dari 19 Februari depan.

“Malaysia dijangka menyampaik­an Kenyataan Lisan pada 22 Februari. Malaysia sebelum ini telah mengemukak­an Kenyataan Bertulis pada 25 Julai, 2023 kepada ICJ yang memberi fokus kepada pencabulan hak rakyat Palestin untuk penentuan nasib sendiri (self-determinat­ion) oleh Israel,” kata Wisma Putra.

Menurut Wisma Putra proses bagi mendapatka­n Pendapat Nasihat ICJ adalah susulan daripada Resolusi 77/247 Perhimpuna­n Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu yang telah diterima pakai pada 30 Disember, 2022 dan ditaja bersama oleh Malaysia.

Malaysia menyokong sepenuhnya tindakan undangunda­ng yang dikemukaka­n oleh Afrika Selatan terhadap Israel berkaitan pencabulan terhadap tanggungja­wabnya di bawah Konvensyen 1948 membabitka­n Pencegahan dan Hukuman Jenayah Genosid.

Menurut Wisma Putra Malaysia juga sedang meneroka opsyen tersedia untuk menyokong kes itu dengan lebih lanjut. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia