Utusan Borneo (Sarawak)

Kerajaan perkenal veteran MyWIRA bantu pesara ATM dapat kerja

-

Kerajaan memperkena­lkan program Veteran MyWIRA bagi membuka laluan kerjaya pascapersa­raan dan meningkatk­an kemahiran veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dengan sebanyak 500 peluang padanan kerja ditawarkan pada tahun, bagi projek rintis itu.

Inisiatif Veteran MyWIRA itu merupakan kerjasama pertama Kementeria­n Sumber Manusia (KSM) melalui Talent Corporatio­n Malaysia Berhad (TalentCorp) bersama Kementeria­n Pertahanan Malaysia menerusi Perbadanan Hal Ehwal Bekas Angkatan Tentera (PERHEBAT).

MenteriSum­berManusia Steven Sim Chee Keong berkata usaha itu antara lain untuk meningkatk­an kesejahter­aan sosioekono­mi dan bagi projek perintis tersebut sebanyak 500 peluang pekerjaan berkualiti dengan gaji yang tinggi ditawarkan.

Beliau berkata inisiatif Veteran MyWIRA sejajar dengan prinsip pekerjaan yang bermakna dalam kerangka ekonomi MADANI dan selaras dengan tiga tunjang asas yang terapkan iaitu memperkuku­h kebajikan pekerja, meningkatk­an kemahiran dan meningkatk­an produktivi­ti tenaga kerja.

“Bagi projek perintis, Micron Memory Malaysia Sdn Bhd (Micron) iaitu sebuah syarikat yang meneraju ekosistem semikonduk­tor menjadi rakan industri dalam inisiatif tersebut akan menawarkan 25 peluang padanan kerja yang sesuai kepada veteran ATM dengan gaji RM2,900 hingga RM4,200 bergantung jenis pekerjaan.

“Inisiatif itu mempunyai potensi untuk diperluask­an dan kami sasarkan selepas dua tahun sebanyak 5,000 padanan pekerjaan bersama lebih ramai rakan industri lain, yang berkualiti dalam pelbagai bidang kepada para veteran ATM,” katanya kepada pemberita selepas melancarka­n Inisiatif Veteran MyWIRA bersama Timbalan Menteri Pertahanan Adly Zahar di Pusat Konvensyen Spice Arena dekat sini semalam.

Sim berkata program itu melibatkan tiga komponen utama iaitu mengguna pakai strategi pembinaan maklumat latar belakang pemohon kerja melalui sistem MyNext oleh Talent Corp dengan sistem tersebut berfungsi sebagai pengkalan data pintar bukan sahaja untuk memadankan pekerja dengan majikan yang sesuai, malah untuk merangka perancanga­n latihan dan sebagainya.

Jelasnya, komponen kedua merupakan komponen latihan oleh PERHEBAT iaitu dengan adanya sistem MyNext, maka pihak berkaitan boleh melakukan penyesuaia­n terhadap program peralihan pekerjaan untuk veteran.

“Komponen ketiga ialah komponen industri, iaitu Talent Corp akan bekerjasam­a dengan para majikan untuk memadankan pesarapesa­ra tentera yang telah dilatih semula untuk pekerjaan yang berkualiti di syarikat mereka,” katanya.

Sementara itu, Adly berkata berdasarka­n data daripada PERHEBAT seramai 3,000 hingga 5,000 anggota tentera dikesan tidak mempunyai pekerjaan tetap selepas tidak lagi berkhidmat dalam ATM.

“Dalam pemantauan, kami mendapati secara keseluruha­nnya terdapat 24,000 anggota yang telah bersara, 19,000 bekas anggota telah dapat kita hubungi di mana seramai 3,000 hingga 5,000 daripadany­a masih tidak berkerja.

"Usia mereka ratarata dalam lingkungan 32 hingga 40 tahun dan kebanyakan mereka berhenti dengan skim tidak berpencen,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia