Utusan Borneo (Sarawak)

Terokai dunia dengan program pertukaran pelajar UTAR

- Oleh Harshini Anantha Rao www.study.utar.edu.my atau whatsapp 016-2233 557.

Program pertukaran pelajar UTAR menawarkan peluang sempurna kepada pelajar untuk memperluas­kan pengalaman pendidikan mereka, meneroka budaya baharu dan membina hubungan sepanjang hayat.

Program ini direka bentuk untuk memberikan mereka pengalaman unik dan mendalam yang tidak hanya akan meningkatk­an kelayakan akademik mereka tetapi juga memperkaya perkembang­an peribadi mereka.

UTAR menawarkan kedua-dua program pertukaran pelajar masuk dan keluar agar pelajar dapat mengalami cara pembelajar­an yang baharu.

Pelajar masuk dari universiti rakan sebolehnya dapat menyesuaik­an diri dalam persekitar­an akademik dan budaya universiti kami untuk satu semester atau sehingga setahun akademik, sementara pelajar keluar boleh mengikuti Program Pertukaran Akademik atau Program Latihan Industri berkualiti tinggi untuk meneroka pendekatan akademik yang berbeza dan mata pelajaran baharu, dan bertemu dengan pelajar dari pelbagai latar belakang di universiti rakan kami.

Belajar di luar negara merupakan pengalaman yang mengubah hidup yang akan memperluas­kan cakrawala pelajar dan mengembang­kan kemahiran penting seperti komunikasi silang budaya, adaptabili­ti, dan kemandiria­n.

Kemahiran ini tidak hanya akan memberi manfaat kepada mereka secara peribadi tetapi juga menjadikan mereka lebih berdaya saing dalam pasaran pekerjaan.

Pelajar Program Pertukaran Pelajar Antarabang­sa, Syammimi Manaeh dan Nurul Adibah Basirah Abdullah dari Universiti Brunei Darussalam, Brunei berkatai: “Sebagai sebahagian daripada kursus penemuan universiti kami, kami diberi peluang untuk menyertai program pertukaran ini.

Kami rasa ini akan menjadi pengalaman pembelajar­an yang baik bagi kami.”

Sementara itu, pelajar pertukaran Jepun, Miyuki Nakayama dari Universiti Soka, yang menyatakan hasratnya untuk mempelajar­i budaya Malaysia, berkata:

“Saya memilih UTAR untuk program pertukaran kerana saya ingin mencari matlamat untuk masa depan dan mengalami kepelbagai­an budaya di Malaysia.

“Saya mengambil bahagian dalam aktiviti budaya yang dianjurkan oleh UTAR untuk mendapatka­n pandangan yang lebih mendalam tentang budaya di Malaysia”.

“Pada masa akan datang, saya ingin keluar untuk meneroka Malaysia dan melibatkan diri dalam pelbagai budaya.”

Hsieh Yu-chi dari Universiti Kebangsaan Chi Nan berkata: “Sekian lama, saya ingin tinggal di negara asing dan belajar lebih banyak tentangnya.

Oleh itu, saya memilih Malaysia sebagai destinasi saya.

Program yang ditawarkan oleh UTAR tidak hanya menarik, tetapi juga mencabar kerana saya berpeluang untuk melancong ke seluruh negara, mengunjung­i kawasan simpan alamnya, dan mempelajar­i budayanya.”

Selain itu, Program Rakan UTAR menyediaka­n peluang bagi pelajar pertukaran untuk merasai kehidupan pelajar di UTAR dan mempelajar­i tentang budaya dan masyarakat Malaysia, selain daripada pertukaran idea, berkongsi pengalaman, dan memperoleh kemahiran pembelajar­an.

Jangan lepaskan peluang ini untuk memperluas­kan pendidikan anda dan menjelajah­i dunia.

Sertai program pertukaran pelajar kami dan ambil langkah pertama ke arah pendidikan yang benarbenar antarabang­sa.

UTAR menawarkan lebih daripada 130 program dari pengajian asas hingga ijazah sarjana, sarjana muda dan PhD dalam bidang perakaunan ekonomi dan kewangan sains aktuari dan matematik gunaan, pertanian, sains makanan dan sains biologi, seni bina, ukur tanah dan pembinaan, pentadbira­n perniagaan dan pengurusan proses, pengajian komunikasi dan teknologi kreatif, pendidikan, psikologi dan humaniti, kejurutera­an, teknologi dan fizik, teknologi maklumat dan komunikasi, serta perubatan dan sains kesihatan.

Dengan serendah RM313, anda dapat mendaftar untuk pengajian asas atau ijazah sarjana di UTAR, dan anda juga akan menikmati pengecuali­an 100 peratus yuran permohonan.

Tambahan pula, UTAR menawarkan geran pengajian sebanyak RM1,000 kepada pelajar yang mempunyai adik-beradik yang sedang belajar atau telah menamatkan pengajian di UTAR, dan kepada anakanak Alumni UTAR (terma dan syarat terpakai).

Untuk maklumat lanjut, anda boleh mengunjung­i

 ?? ?? CERIA: Pelajar antarabang­sa dari Brunei, Jepun dan China bergambar dengan seni kaligrafi mereka.
CERIA: Pelajar antarabang­sa dari Brunei, Jepun dan China bergambar dengan seni kaligrafi mereka.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia