Utusan Borneo (Sarawak)

Rejim Israel mengebom Damsyik, 12 maut

-

BEIRUT: Serangan rejim Israel di Damsyik membunuh 12 orang, kata pemantau perang dalam jumlah yang dikemas kini kelmarin.

“Jumlah kematian meningkat kepada 12 orang.

“Lima rakyat Iran, termasuk tiga pemimpin Kor Pengawal Revolusi Islam (IRGC), empat rakyat Syria yang bekerja dengan Iran, dua warga Lubnan dan seorang warga Iraq,” kata Balai Cerap Syria untuk Hak Asasi Manusia tentang serangan itu yang didakwa menyasari ketua perisik Syria untuk Pengawal Revolusi Iran.

Pemantau itu berpangkal­an di Britain dengan rangkaian sumber di dalam Syria, sebelum ini melaporkan 10 kematian.

IRGC mengesahka­n ia kehilangan lima anggota dalam serangan yang dipersalah­kannya kepada rejim Israel, musuh ketatnya.

Memetik sumber yang boleh dipercayai, agensi berita Iran Mehr berkata, ketua risik Pengawal Revolusi Syria dan timbalanny­a antara yang syahid dalam serangan ke atas Syria oleh Israel.

Pemantau itu berkata, bangunan yang disasari adalah milik IRGC dan kejiranan tersebut merupakan zon kawalan keselamata­n ketat yang menempatka­n pemimpin IRGC dan puak Palestin yang disokong Iran.

Kawasan Mazzeh juga menempatka­n ibu pejabat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), kedutaan dan restoran.

Serangan rejim pada Sabtu dianggap sebagai pembunuhan berprofil tinggi di Syria buat kali kedua dalam tempoh kurang sebulan.

Bulan lepas, serangan udara rejim Israel juga membunuh seorang jeneral kanan Iran di Syria.

Razi Moussavi merupakan komander berkeduduk­an paling tinggi Pasukan Quds yang terbunuh di luar Iran sejak komander IRGC Qasem Soleimani terbunuh dalam serangan dron Amerika Syarikat pada Januari 2020 di Baghdad.

Sepanjang lebih sedekad perang saudara di Syria, rejim Israel telah melancarka­n ratusan serangan udara terutamany­a menyasarka­n tentera yang disokong Iran serta kedudukan tentera Syria.

Tetapi serangan sebegitu semakin rancak sejak perang bermula pada 7 Oktober antara Israel dan Hamas, Hamas dan gerakan Hizbullah Lubnan ialah sekutu Iran.

Sejak 2011, Syria telah dicengkam konflik berdarah yang telah meragut lebih setengah juta nyawa dan menyebabka­n beberapa juta orang kehilangan tempat tinggal.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia