Utusan Borneo (Sarawak)

Pasar sibuk di Donetsk diserang

Lebih 20 maut, 20 lagi cedera dalam serangan paling berdarah

-

MOSCOW: Serangan misil ke atas pasar yang sesak di bandar Donetsk yang diduduki Rusia di timur Ukraine menyebabka­n sekurang-kurangnya 27 orang terbunuh dan 25 cedera kelmarin, menurut pegawai di Moscow.

Kedua-dua Rusia dan Ukraine saling menuduh sebagai dalang yang melakukan serangan ke atas kawasan awam yang semakin menjadijad­i sejak dua bulan lalu.

Kedai musnah dan kaca pecah dapat dilihat dalam video yang dikongsi oleh media rasmi Rusia, selain mayat dan mangsa cedera bergelimpa­ngan di mana-mana.

“Seramai 27 orang awam terbunuh manakala 25 lagi termasuk dua remaja cedera pada pelbagai tahap kecederaan,” kata Denis Pushilin, ketua pentadbira­n wilayah yang dikawal Rusia.

Beliau menyalahka­n Ukraine atas serangan itu yang disebutnya sebagai serangan artileri mengerikan ke atas kawasan awam.

Ukraine enggan mengulas dan AFP tidak dapat mengesahka­n keadaan serangan itu.

Pegawai berkata, serangan menggegark­an pinggir barat daya bandar itu, kurang 15 kilometer dari hadapan timur Ukraine.

Penduduk Donetsk Tatiana berkata, dia mendengar bunyi peluru dari atas dan bersembuny­i di bawah gerai pasarnya.

“Saya melihat asap, orang menjerit, seorang wanita menangis,” katanya kepada media tempatan.

“Di mana ada ketenteraa­n di sini?

“Ia hanya sebuah pasar,”

kata seorang lagi penduduk.

“Inilah salah satu serangan paling kuat sejak kebelakang­an ini,” tambahnya.

Jumlah kematian itu menandakan salah satu serangan paling berdarah di bandar itu sejak Moscow melancarka­n serangan berskala penuh ke atas Ukraine pada Februari 2022.

Donetsk, yang diduduki oleh Rusia dan pasukan proksinya sejak 2014, telah

berulang kali menjadi sasaran serangan semberono ke atas Ukraine.

Moscow menggelar serangan kelmarin sebagai serangan pengganas biadab yang menunjukka­n keperluan untuk operasi ketenteraa­n khas di Ukraine.

“Ancaman keselamata­n dan tindakan keganasan tidak seharusnya dilakukan dari wilayah Ukraine,” kata kementeria­n luarnya.

 ?? — Gambar AFP ?? MENGEJUTKA­N: Dua lelaki berdakapan dalam kesedihan dalam kalangan mayat-mayat bergelimpa­ngan dan mangsa yang cedera di sebuah pasar sejurus serangan misil di Donetsk, kelmarin.
— Gambar AFP MENGEJUTKA­N: Dua lelaki berdakapan dalam kesedihan dalam kalangan mayat-mayat bergelimpa­ngan dan mangsa yang cedera di sebuah pasar sejurus serangan misil di Donetsk, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia