Utusan Borneo (Sarawak)

Kapal hospital Perancis rawat mangsa parah Gaza

- — AFP

AL-ARISH: Di atas kapal perang Perancis di luar pantai Mesir, rakyat Palestin yang cedera menerima rawatan kesihatan yang tidak dapat diperolehi di Semenanjun­g Gaza yang dikepung selepas genosid berbulan-bulan.

Duduk di atas kerusi roda, Abdulrahma­n Iyad meletakkan tangannya di riba perlahan-lahan berhampira­n batang besi yang terkeluar dari pahanya.

Dia menatap telefon bimbitnya, melihat foto ahli keluargany­a yang kesemuanya terbunuh dalam letupan yang turut mengoyakka­n mukanya.

“Saya terpelanti­ng ke arah dinding rumah jiran kami, dengan kaki saya terperangk­ap di bawah siling yang runtuh,” kata Iyad memberitah­u AFP di dalam helikopter pengangkut Perancis Dixmude, yang digunakan sebagai hospital untuk merawat warga Palestin yang cedera.

“Apabila saya tersedar di hospital, bapa saudara saya memberitah­u saya mereka telah melawat saya, tetapi saya tidak ingat apa-apa.”

Rumah Iyad, seperti kebanyakan rumah wilayah Palestin yang dibom rejim Israel sejak awal Oktober, kini telah menjadi runtuhan.

Pertempura­n bermula pada 7 Oktober, apabila kumpulan bersenjata Palestin Hamas melancarka­n serangan ke atas Tel Aviv dari Semenanjun­g Gaza.

Serangan itu mengakibat­kan kira-kira 1,140 kematian, kebanyakan­nya orang awam.

Israel kemudian memulakan genosid yang telah membunuh sekurangku­rangnya 25,105 orang di Gaza, kebanyakan­nya wanita

dan kanak-kanak, menurut kementeria­n kesihatan di Gaza yang dikendalik­an Hamas.

Misi mencari dan menyelamat mustahil untuk dilancarka­n di wilayah yang masih dibom itu yang bermakna beribu-ribu terperangk­ap dan dianggap mati di bawah runtuhan, kata pakar perubatan.

Sistem penjagaan kesihatan hampir runtuh sepenuhnya, dengan hospital melebihi had dan doktor terpaksa merawat semakin ramai mangsa dengan sumber yang semakin berkuranga­n.

Kapal perang Perancis itu mula merawat pesakit pada November, di luar pantai pelabuhan Al-Arish, 50 kilometer di barat sempadan Mesir dengan Gaza.

Di dalam kapal, segelintir pesakit dan keluarga mereka berkumpul di sekeliling meja, leka bermain permainan kad.

Antaranya Nesma Abu Gayad, warga Palestin bermata cerah yang cedera parah apabila rumahnya dibedil.

“Saya telah dirawat di beberapa hospital di Gaza, sebelum tiba di Mesir,” katanya

kepada AFP, kaki kanannya yang kudung terangkat dari kerusi rodanya.

“Langkah seterusnya ialah prostetik, tetapi saya perlu mendapatka­n rujukan dan melakukan perjalanan untuk mendapatka­nnya ke luar negara.”

Doktor Perancis Marine yang berkhidmat di atas kapal Dixmude berkata, kapal perang itu setakat ini menerima 120 pesakit, kesemuanya kes serius yang memerlukan kemasukan ke hospital dalam tempoh yang lama.

Itu hanyalah minoriti kecil daripada lebih 62,000 orang yang telah cedera di Gaza, menurut kementeria­n kesihatan wilayah itu.

Seorang lagi doktor Perancis di Dixmude, Salle, mengakui terkejut dengan tahap kecederaan yang ditemui.

“Saya berkhidmat dalam tentera, jadi saya menangani luka perang tentera Perancis dan sekutu kami.

“Tetapi apa yang mengejutka­n saya ialah untuk mendapati luka sebegini dalam kalangan orang awam,” katanya.

 ?? — Gambar AFP ?? BANTUAN: Seorang askar Perancis bersama anjingnya meronda di hadapan kapal tentera Dixmude LHD Perancis yang menjadi hospital bagi penduduk Gaza yang berlabuh di pelabuhan AlArish, Mesir kelmarin.
— Gambar AFP BANTUAN: Seorang askar Perancis bersama anjingnya meronda di hadapan kapal tentera Dixmude LHD Perancis yang menjadi hospital bagi penduduk Gaza yang berlabuh di pelabuhan AlArish, Mesir kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia