Utusan Borneo (Sarawak)

Terminal gas Rusia di Laut Baltik terbakar

- — AFP

Kebakaran di terminal gas asli di pelabuhan Laut Baltik Ust-Luga kelmarin disebabkan oleh faktor luaran, kata Novatek, pengekspor­t gas asli cecair terbesar di Rusia.

Pengendali itu berkata, tiada mangsa dan kebakaran tersebut telah dipadamkan di tapak yang terletak 110 kilometer barat St Petersburg berhampira­n sempadan Estonia.

Novaktek mahupun pihak berkuasa tidak memberikan butiran lanjut mengenai punca kebakaran itu yang berlaku 1,000 kilometer dari sempadan Ukraine.

Minggu ini, Kyiv mengaku bertanggun­gjawab atas dua serangan ke atas depot minyak di Rusia, termasuk satu di wilayah Leningrad yang sama dengan Ust-Luga.

Serangan kedua di wilayah Bransk yang bersempada­n dengan Ukraine membawa kepada kebakaran besar.

Kremlin terus berkata konflik dengan Ukraine tidak mempunyai kesan ke atas kehidupan seharian di Rusia.

Tetapi dengan pilihan raya presiden Rusia semakin hampir pada Mac, Ukraine telah meningkatk­an serangan dron dan peluru berpandu ke atas sempadan di wilayah musuh.

Pihak berkuasa di UskLuga telah menawarkan ulasan yang meyakinkan mengenai kebakaran terminal gas, walaupun video disiarkan di media sosial menunjukka­n asap berkepul-kepul dan api marak di tapak itu.

“Tiada kemalangan jiwa akibat kebakaran di terminal Novatek di pelabuhan

Ust-Luga.

“Kakitangan telah dipindahka­n,” Aleksandr Drozdenko, gabenor Wilayah Leningrad, menyiarkan di Telegram bersama-sama dengan video pendek yang menunjukka­n kebakaran besar dan asap di kompleks bahan kimia.

Agensi berita Ria-Novosti berkata, sebuah kontena berukuran 100 meter padu terbakar.

“Rejim berjaga-jaga telah diperkenal­kan di daerah Kingisepps­ky (termasuk pelabuhan),” kata Drozdenko.

Kementeria­n situasi kecemasan Rusia dan perkhidmat­an bomba tempatan terlibat dalam memadam kebakaran, tambahnya.

Pegawai tempatan Yuri Zapalatski berkata kebakaran bermula sejurus sebelum 2.45 pagi waktu tempatan.

Agensi berita TASS dan media negara lain berkata punca kebakaran masih belum diumumkan.

Kementeria­n pertahanan Rusia mengumumka­n kelmarin bahawa serangan Ukraine pada malam telah digagalkan tetapi tidak menyebut sebarang insiden di wilayah Leningrad.

Kompleks Ust-Luga memproses gas asli menjadi nafta, bahan api jet dan komponen bahan api kapal, menurut laman sesawang Novatek.

Saluran paip gas Nord Stream 2 yang menuju ke Jerman, yang tidak pernah beroperasi selepas serbuan sabotaj pada September 2022, bermula dari bandar Ust-Luga.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia