Utusan Borneo (Sarawak)

KPDN Kedah rampas minyak masak dan gas LPG

-

Pejabat Kementeria­nPerdagang­anDalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kedah merampas 466 peket minyak masak satu kilogram (1kg) dan 13 tong gas petroleum cecair (LPG) dalam dua serbuan berasingan di Kulim, kelmarin.

Pengarahny­a Affendi Rajini Kanth berkata, serbuan yang bermula pukul 2 petang itu dilakukan atas aduan orang awam berhubung aktiviti penjualan dan penggunaan minyak masak dan gas LPG oleh pemilik premis berkenaan.

“Pemeriksaa­n di premis pertama di sebuah kedai runcit yang menjual barangan keperluan harian dan premis itu mempunyai lesen runcit yang masih sah untuk menjual barang kawalan berjadual iaitu gula, minyak masak dan tepung gandum dengan had simpanan lesen runcit bagi minyak masak adalah 1,000kg.

“Pemeriksaa­n lanjut di premis sebelah yang dimiliki pemilik kedai runcit itu pula telah menjumpai 370 minyak masak peket satu kilogram yang tiada dinyatakan dalam lesen runcit terdahulu sebagai tempat penyimpana­n barang kawalan,” katanya dalam kenyataan di sini, semalam.

Beliau berkata dalam satu lagi serbuan berasingan di sebuah premis perniagaan restoran dan katering yang turut dimiliki pemilik yang sama, menemukan 96 lagi minyak masak peket dan 13 tong gas LPG bersamaan dengan 182kg.

“Hasil pemeriksaa­n mendapati premis itu gagal mengemukak­an sebarang dokumen permit kebenaran untuk menyimpan barang kawalan berjadual di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961. Kesemua minyak masak dan tong gas yang dianggarka­n bernilai lebih RM1,500 itu telah disita.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 20 (1) Akta Kawasan Bekalan 1961 dan Peraturan 18, Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan (Pindaan) 2021,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia