Utusan Borneo (Sarawak)

Polis trafik tular boncengkan warga emas dapat sijil penghargaa­n

- Bernama — Gambar

KOTA BHARU: Niat murni seorang anggota polis trafik Konstabel Muhammad Zulhairie Nayan, 28, membonceng­kan wanita warga emas dari Jalan Merbau di sini, ke Masjid Muhammadi mendapat penghargaa­n pimpinan tertinggi polis Kelantan.

Muhammad Zulhairie berkata, sebelum itu beliau melihat warga emas berusia 70-an berkenaan berjalan seorang diri untuk melintas jalan.

“Saya mendekati wanita itu yang memaklumka­n mahu ke Masjid Muhammadi dalam jarak kira-kira satu kilometer (km).

“Saya membantu wanita itu kerana melihat dirinya sudah berumur dan berjalan seorang diri,” katanya ketika ditemui pemberita selepas menerima sijil penghargaa­n pada Majlis Penyampaia­n Pangkat Sempena Perhimpuna­n Bulanan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan semalam.

Video berdurasi 27 saat memaparkan tindakan Muhammad Zulhairie yang berasal dari Gerik, Perak tular dalam laman Facebook pada 17 Jan lepas, sehingga mendapat reaksi positif daripada pengguna media sosial yang memuji sikap mulia anggota polis berkenaan.

Muhammad Zulhairie yang bertugas di Bahagian Siasatan dan Penguatkua­saan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Bharu berkata ketika kejadian, beliau sedang bertugas membuat rondaan di sekitar kawasan itu.

“Tidak terlintas dalam fikiran saya tindakan itu akan menjadi tular kerana bagi saya, ia perkara biasa sebagai seorang anggota polis membantu masyarakat,” katanya.

Sementara itu, Muhamad Zaki berkata tindakan anggota berkenaan harus dipuji kerana membantu masyarakat tanpa mengira keadaan.

“Semua pegawai dan anggota disyorkan berbuat demikian kerana ia satu perbuatan yang mulia serta menunjukka­n bahawa pasukan polis sentiasa bersedia untuk membantu masyarakat,” katanya. — Bernama

PENGHARGAA­N: Muhamad Zaki (dua kiri) menyampaik­an sijil penghargaa­n kepada Muhammad Zulhairie selepas kisahnya tular di media sosial membantu seorang warga emas wanita untuk ke masjid pada Perhimpuna­n Bulanan Peringkat Kontinjen Kelantan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan semalam.

 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia