Utusan Borneo (Sarawak)

Kakak pesan jaga diri, dengar cakap suami

-

BANTING: Wanita yang meninggal dunia dalam kemalangan melibatkan lima kenderaan di Jalan BantingDen­gkil di sini semalam, sempat berpesan pada adik bongsunya supaya menjaga diri dan patuh kepada suami.

Adik Nurhikmah Abdul Rahman, 43, wanita berusia 30-an yang enggan dikenali berkata arwah menitipkan pesanan itu ketika menghadiri majlis perkahwina­nnya di Kuala Lumpur, kelmarin.

“Semalam (kelmarin), kakak bersama dua lagi anaknya sempat ke majlis perkahwina­n saya di Kuala Lumpur. Tiada perubahan ketara kecuali arwah yang banyak menangis dan mahu bergambar bersama adikberadi­k yang lain.

“Kakak kata alangkah baiknya kalau ada arwah ibu bapa kami pada majlis ini. Dia sempat juga menitipkan nasihat agar menjaga diri baik-baik dan mendengar cakap suami,” katanya ketika ditemui pemberita di Bilik Forensik, Hospital Banting di sini semalam.

Dalam kejadian pagi semalam, Nurhikmah dan anaknya, Nur Irsalina Zuhrah Safrol Nizam, 10, maut selepas kenderaan dinaiki mereka dihempap sebuah lori sehingga memasuki parit.

Kemalangan itu turut menyebabka­n seorang lagi anak Nurhikmah iaitu Nur Irdina Wafa, 16, cedera ringan dan sedang menerima rawatan di Hospital Banting.

“Sangat sedih apabila kakak saya maut dalam kemalangan. Tambahan pula, arwah meninggal dunia pada tanggal tarikh sama dengan arwah ibu kami iaitu 22 Jan dan bapa pada 22 Mei tahun lepas,” katanya.

Menurutnya, ketika kejadian kakaknya dipercayai dalam perjalanan menghantar dua anaknya masing-masing ke sebuah Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) di daerah ini.

Dia berkata kejadian menimpa kakaknya itu diketahui sekitar 10 pagi semalam, selepas dimaklumka­n anak lelaki Allahyarha­m yang menuntut di sekolah berasrama penuh di Perak.

Terdahulu media melaporkan, dua maut dalam kemalangan membabitka­n sebuah lori yang melanggar empat kenderaan di Jalan BantingDen­gkil, Sungai Manggis di Kuala Langat pagi semalam.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata berdasarka­n maklumat awal, kemalangan berpunca daripada sebuah lori yang melanggar empat kereta lain. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? TERSELAMAT: Nur Irdina yang merupakan mangsa yang terselamat dan mengalami cedera ringan dalam kemalangan maut membabitka­n lima kenderaan di Jalan Banting-Dengkil, Sungai Manggis ditemani keluarga di Hospital Banting, semalam.
— Gambar Bernama TERSELAMAT: Nur Irdina yang merupakan mangsa yang terselamat dan mengalami cedera ringan dalam kemalangan maut membabitka­n lima kenderaan di Jalan Banting-Dengkil, Sungai Manggis ditemani keluarga di Hospital Banting, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia