Utusan Borneo (Sarawak)

Salah akan tinggalkan skuad Mesir untuk teruskan rawatan

-

LIVERPOOL: Penyerang Mohamed Salah akan meninggalk­an skuad Mesir yang ketika ini beraksi dalam Piala Negara Afrika (AFCON) untuk meneruskan rawatan kecederaan hamstring di kelabnya, Liverpool, menurut persatuan bola sepak Mesir pada Ahad tetapi mereka berharap dia akan dapat kembali semula ke Ivory Coast, tuan rumah AFCON.

“Salah akan menonton perlawanan (Isnin) menentang Cape Verde dan kemudian akan kembali ke UK (Britannia Raya),” kata badan induk bola sepak Mesir.

“Selepas komunikasi di antara kakitangan perubatan pasukan Mesir dan kelab Liverpool, kami bersetuju bahawa pemain akan kembali ke UK untuk meneruskan rawatan, dengan harapan untuk kembali semula bersama Mesir untuk perlawanan separuh akhir (jika Mesir melangkah jauh).”

Pengumuman itu hadir selepas pengurus Liverpool, Jurgen Klopp berkata ia “masuk akal” untuk penyerang berusia 31 tahun itu menjalani rawatan di England.

“Itu adalah pelannya,” kata Klopp selepas Liverpool menang 4-0 di Bournemout­h dalam aksi Liga Perdana Inggeris pada Ahad apabila ditanya jika Salah akan kembali ke Liverpool.

“Jika ia sudah diputuskan, saya tidak tahu. Tetapi itulah pelannya. Saya fikir mungkin semua orang melihat ia adalah sesuatu yang masuk akal di mana dia menjalani pemulihan bersama kami.”

Salah sudah tidak dapat diturunkan untuk perlawanan kedua Kumpulan B menentang Cape Verde di Abidjan pada Isnin dan perlawanan di pusingan kedua jika Mesir layak.

Persatuan bola sepak Mesir pada awalnya berharap pemain akan kembali untuk kemungkina­n perlawanan suku akhir tetapi sekarang menjangkak­an dia berkemungk­inan boleh diturunkan untuk perlawanan separuh akhir pada 7 Februari.

Klopp membuka pintu

untuk Salah kembali semula ke Ivory Coast jika dia membuktika­n tahap kecergasan­nya dengan jangkaan Mesir masih bersaing.

“Jika Mesir layak ke final dan dia cergas sebelum final, maka mungkin saya membenarka­nnya (kembali ke skuad Mesir),” tambah Klopp, “Kenapa tidak? Ia sangat jelas.”

Selepas seri dua perlawanan di AFCON, Mesir perlu menewaskan Cape Verde, yang sudah layak ke pusingan kedua, untuk menjamin kelayakan ke pusingan seterusnya.

Salah menjaringk­an gol penyamaan dari satu tendangan penalti ketika Mesir seri 2-2 dengan Mozambique sebelum dikeluarka­n dalam separuh masa pertama ketika seri dengan Ghana.

Kecederaan­nya adalah nasib malang terbaharu ke atasnya di AFCON.

Dia tidak pernah memenangi kejohanan ini dan dua kali tewas di final, kepada Cameroon pada 2017 dan kepada Senegal dua tahun lepas.

Salah memberitah­u satu sidang media pada Ahad di mana dia tetap yakin dia akan memenangi kejuaraan Afrika “akhirnya”.

“Saya sudah memenangi segala-gala yang ada kecuali kejuaraan ini (AFCON),” kata Salah.

“Ia akan berlaku nanti, itu adalah apa yang saya percaya dan apa jua yang saya percaya, jadi awal atau lewat, ia akan berlaku.”

 ?? ?? SALAH
SALAH

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia