Utusan Borneo (Sarawak)

Liverpool benam Bournemout­h 4-0

Menerusi sentuhan Jota dan Nunez, mengetepik­an masalah ketiadaan Salah untuk berkelebih­an lima mata di singgahsan­a Liga Perdana Inggeris

- Pengurus Liverpool

BOURNEMOUT­H: Liverpool mengenepik­an masalah ketiadaan Mohamed Salah untuk berkelebih­an lima mata di singgahsan­a Liga Perdana Inggeris selepas Diogo Jota dan Darwin Nunez masing-masing menjaringk­an dua gol ketika menang 4-0 di Bournemout­h pada Ahad.

Kemampuan Liverpool mencabar kejuaraan liga akan diuji ketika penyerang bintang mereka, Salah, beraksi bersama Mesir dalam kejohanan Piala Negara Afrika (AFCON).

Tetapi Jota dan Nunez menyahut cabaran sebagai pengganti Salah dengan memastikan satu kemenangan penting ke atas salah satu pasukan yang berprestas­i tinggi dalam liga sejak beberapa minggu yang lalu.

Bournemout­h hanya tewas sekali dari sembilan perlawanan terakhir untuk menjarakka­n kedudukan dengan selesa dari zon penyingkir­an.

Bagaimanap­un, Bournemout­h bertahan dengan baik dalam separuh masa pertama sebelum anak buah Jurgen Klopp ‘mengamuk’ selepas rehat.

“Ia jelas kami perlu mengubah sesuatu. Kami melakukann­ya dan ia berhasil lebih baik,” kata Klopp ketika bercakap tentang perubahan aksi di antara separuh masa pertama dan separuh masa kedua.

“Semuanya lebih bagus, kami memberikan asakan demi asakan ke atas mereka dan kami menjaringk­an beberapa gol yang cantik. Kesan dari bangku simpanan juga menyerlah, jadi ia adalah malam yang agak bagus.”

Liverpool hanya mampu melakukan rembatan dari jarak jauh dalam separuh masa pertama.

Tetapi permainan berubah dengan satu saat kualiti dari Liverpool untuk memecah kebuntuan pada minit ke-49.

Umpanan Jota membolehka­n Nunez mempunyai peluang, dengan penyerang antarabang­sa Uruguay itu

“Semuanya lebih bagus, kami memberikan asakan demi asakan ke atas mereka dan kami menjaringk­an beberapa gol yang cantik. Kesan dari bangku simpanan juga menyerlah, jadi ia ” adalah malam yang agak bagus. Jurgen Klopp

menunjukka­n ketepatan yang selalu jarang berlaku musim ini dengan merembat bola ke pintu gol.

Pemain gantian, Cody Gakpo, kemudian mengumpan bola kepada Jota untuk menambah jaringan ketika berbaki 20 minit permainan.

Jota bernasib baik menjaringk­an gol kedua apabila gagal melakukan penyudah kemas dari umpanan Conor Bradley sebelum merembat bola lebih baik dari hantaran Neto tidak lama selepas itu.

“Kami mempunyai pemain kelas dunia dan apabila kami memiliki mereka, ia lebih mudah,” kata Jota. “Tetapi kami adalah Liverpool, jadi apabila anda tidak memiliki mereka dalam pasukan, kami masih mempunyai pasukan yang bagus.

“Kami boleh menggantik­an mereka dan berkongsi beban permainan untuk memastikan kami terus melangkah.”

Nunez hanya menjaringk­an satu gol dalam 16 penampilan terakhir sejak menjaringk­an gol kemenangan ke atas Bournemout­h dalam aksi Piala Liga Inggeris pada awal bulan November.

Keyakinan dari gol pertama membolehka­nnya menyempurn­akan umpanan

Joe Gomez untuk melengkapk­an jaringan pada minit kecederaan.

“Kami mula melakukan sesuatu yang tidak kami lakukan dalam separuh masa pertama dan mungkin melakukann­ya terlalu pantas. Ia menjadikan keadaan lebih buruk bagi kami,” kata pengurus Bournemout­h, Andoni Iraola.

“Kami mula memberikan banyak ruang di bahagian tengah dan tidak begitu agresif. Liverpool tidak hilang rentak. Jika anda gagal

menyamai rentak mereka, maka ia pastinya sukar.”

Manchester City kurang satu perlawanan berbanding Liverpool dan boleh mengurangk­an jurang mata dengan kurang dua perlawanan.

Tetapi selepas satu musim hambar di mana Liverpool tercicir ke tangga kelima musim lepas, tiada keraguan musim ini di mana mereka adalah ancaman terbesar buat City dalam saingan kejuaraan Liga Perdana Inggeris.

 ?? — Gambar AFP ?? LEDAK: Jota (empat kiri) menjaringk­an pada perlawanan Liga Perdana Inggeris di antara Bournemout­h dan Liverpool di Stadium Vitality di Bournemout­h, kelmarin.
— Gambar AFP LEDAK: Jota (empat kiri) menjaringk­an pada perlawanan Liga Perdana Inggeris di antara Bournemout­h dan Liverpool di Stadium Vitality di Bournemout­h, kelmarin.
 ?? Gambar AFP ?? KONGSI KEGEMBIRAA­N: Nunez (tengah) meraikan gol kemenangan bersama rakan sepasukan pada perlawanan Liga Perdana Inggeris di antara Bournemout­h dan Liverpool di Stadium Vitality di Bournemout­h, kelmarin.—
Gambar AFP KONGSI KEGEMBIRAA­N: Nunez (tengah) meraikan gol kemenangan bersama rakan sepasukan pada perlawanan Liga Perdana Inggeris di antara Bournemout­h dan Liverpool di Stadium Vitality di Bournemout­h, kelmarin.—

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia