Utusan Borneo (Sarawak)

Arab Saudi tewaskan Kyrgyzstan 2-0, tempah tempat ke pusingan kedua kejohanan Piala Asia

-

DOHA: Arab Saudi menempah tempat ke pusingan kedua kejohanan Piala Asia pada Ahad selepas menewaskan lawan yang bermain hampir sepanjang separuh masa kedua dengan sembilan pemain Kyrgyzstan 2-0.

Juga dalam Kumpulan F, Thailand seri tanpa jaringan dengan Oman untuk semakin menghampir­i kelayakan ke pusingan kedua.

Arab Saudi, yang dibimbing Roberto Mancini, berada pada ranking dunia yang ke-56 sementara Kyrgyzstan di ranking ke-98 dunia namun dipaksa bekerja-keras walaupun lawan beraksi dengan sembilan pemain dalam separuh masa kedua sebelum menyertai pasukan tuan rumah, Qatar, Iran, Iraq dan Australia yang sudah mengesahka­n tempat ke pusingan kedua kejohanan.

Mancini, yang memenangi Kejohanan Eropah (Euro) bersama Itali pada 2021, menolak peluang Arab Saudi untuk menjulang trofi Piala Asia buat kali keempat.

“Ranking berkata Jepun, Korea (Selatan), Iran, Australia – kami berada terlalu jauh di belakang,” katanya.

Arab Saudi, yang bangkit dari ketinggala­n sebelum menewaskan Oman 2-1 pada perlawanan pembukaan, mengumpul enam mata dari dua perlawanan.

Kyrgyzstan jelas pasukan bukan pilihan walaupun dengan 11 pemain dan tugas mereka menjadi lebih sukar sembilan minit selepas rehat apabila Ayzar Akmatov dibuang padang kerana kekasaran profesiona­l.

Akmatov pada awalnya dilayangka­n kad kuning tetapi pengadilme­ngubahkepa­dakad merah selepas semakan video bantuan pengadil (VAR).

Arab Saudi gagal mengambil peluang awal dengan kelebihan dua pemain apabila Feras Al-Brikan gagal menyempurn­akan dua peluang terbaik.

Mereka terus tertekan apabila rembatan Abdulelah Al-Malki terkena palang namun Saud Abdulhamid mengawal bola muntah dan melakukan umpanan yang disempurna­kan Mohamed Kanno dalam kotak penalti pada minit ke-35.

Kyrgyzstan hilang seorang lagi pemain pada minit ke52

selepas satu lagi semakan VAR menghasilk­an kad merah untuk Kimi Merk kerana kekasaran serius.

Pemain gantian Arab Saudi, Faisal Al-Ghamdi akhirnya menambah jaringan pada minit ke-84 dengan satu rembatan dari hujung kotak penalti yang gagal ditepis kemas oleh penjaga gol Erzhan Tokotaev.

Jurulatih Thailand, Masatada Ishii berasa “sangat gembira” dengan satu mata selepas pasukannya diikat Oman.

Selepas separuh masa pertama yang menarik, Oman meningkatk­an lagi asakan selepas rehat dengan pemain tengah, Salaah Al-Yahyaei berjaya menembusi pertahanan Thailand namun

gagal melakukan umpanan kemas.

Thailand melihat penyerangn­ya Supachai Chaided – yang menjaringk­an dua gol ketika menewaskan Kyrgyzstan 2-0 pada perlawanan pertama – jelas dikawal ketat oleh pemain Oman.

“Apabila kami memulakan perlawanan, kami mahukan tiga mata tetapi ketika permainan berlarutan, kami melihat apa yang boleh dilakukan,” kata jurulatih Thailand di mana pasukannya berada di tangga kedua di belakang Arab Saudi menjelang perlawanan terakhir kumpulan.

“Kami benar-benar gembira dengan satu mata.”

 ?? — Gambar AFP ?? MENDEBARKA­N: Pemain pertahanan Kyrgyzstan Amantur Shamurzaev (tengah) dan Pemain pertahanan Arab Saudi Ali al-Bulaihi (kanan) bersaing mendapatka­n bola pada perlawanan Piala Asia Kumpulan F di antara Kyrgyzstan dan Arab Saudi di Stadium Ahmad Bin Ali di Al-Rayyan, Doha, kelmarin.
— Gambar AFP MENDEBARKA­N: Pemain pertahanan Kyrgyzstan Amantur Shamurzaev (tengah) dan Pemain pertahanan Arab Saudi Ali al-Bulaihi (kanan) bersaing mendapatka­n bola pada perlawanan Piala Asia Kumpulan F di antara Kyrgyzstan dan Arab Saudi di Stadium Ahmad Bin Ali di Al-Rayyan, Doha, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia