Utusan Borneo (Sarawak)

Juve raih kemenangan 3-0 di Lecce dalam aksi Serie A Itali

- — AFP

Juventus menang 3-0 di Lecce pada Ahad untuk melonjak ke tangga teratas Serie A Itali dan mengakhiri hujung minggu yang diselubung­i cemuhan perkauman ke atas penjaga gol AC Milan, Mike Maignan di Udinese.

Dengan pendahulu liga, Inter Milan beraksi di Arab Saudi untuk final Piala Super Itali menentang Napoli, Juventus dan Dusan Vlahovic beraksi dalam Serie A.

Juventus menjaringk­an tiga gol dalam separuh masa pertama perlawanan di Lecce untuk memberikan jurulatih Max Allegri kemenangan ke- 300 dalam Serie A.

Mereka kini melanjutka­n tempoh tanpa kalah dalam liga kepada 16 perlawanan, meraih kemenangan kelima berturut-turut dan melonjak ke tangga teratas liga buat kali pertama sejak mengakhiri musim 2019/2020 sebagai juara.

Vlahovic meletakkan Juventus di hadapan pada minit ke- 59 dengan satu rembatan cantik.

Sembilan minit kemudian, Weston McKennie melompat tinggi untuk menanduk bola yang melambung ke arah pintu gol dengan Vlahovic melakukan sentuhan akhir untuk menjadi penjaring gol.

Vlahovic juga menjaringk­an dua gol ketika menentang Sassuolo pada pertengaha­n minggu.

Gleison Bremer melengkapk­an jaringan dengan satu tandukan ketika berbaki lima minit permainan.

“Kami terpaksa bermain dengan sabar menentang lawan yang cukup kuat di tempat sendiri, jadi ia adalah satu kemenangan yang penting bagi kami,” kata Vlahovic, yang kini menjaringk­an 11 gol liga untuk dirinya, satu gol lebih banyak berbanding keseluruha­n golnya musim lepas.

“Saya berasa cergas dari segi fizikal, lebih bagus berbanding musim lepas, kami harus meneruskan rentak ini,” katanya.

Juventus akan bertandang ke Inter, yang kurang satu mata di belakang, pada 4 Februari depan.

AC Milan kurang tujuh mata di belakang di tangga ketiga selepas menewaskan

Udinese 3-2 dalam perlawanan yang dicemari cemuhan perkauman ke atas penjaga golnya dalam separuh masa pertama.

Persekutua­n Bola Sepak Itali dijadual bermesyuar­at pada Selasa untuk menentukan hukuman ke atas Udinese.

Presiden badan induk bola sepak dunia (FIFA), Gianni Infantino mendesak larangan masuk ke stadium di seluruh dunia bagi penyokong rasis dan “pembatalan automatik” untuk pasukan di mana penyokong mereka melakukan cemuhan diskrimina­si berikutan dengan insiden melibatkan Maignan, yang bukan kali pertama berlaku dalam bola sepak Itali.

 ?? — Gambar AFP ?? SENGIT: Penyerang Juventus Arkadiusz Milik (kanan) bersaing mendapatka­n bola dengan pemain pertahanan Lecce Mohamed Kaba pada perlawanan Serie A Itali di antara Lecce dan Juventus di Stadium Via Del Mare - Ettore Giardinier­o, di Lecce, kelmarin.
— Gambar AFP SENGIT: Penyerang Juventus Arkadiusz Milik (kanan) bersaing mendapatka­n bola dengan pemain pertahanan Lecce Mohamed Kaba pada perlawanan Serie A Itali di antara Lecce dan Juventus di Stadium Via Del Mare - Ettore Giardinier­o, di Lecce, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia