Utusan Borneo (Sarawak)

TSG pertaruh tiga muka baharu harungi saingan musim 2024

-

Pasukan berbasikal bertaraf benua, Terengganu Cycling Team (TSG) mempertaru­hkan tiga muka baharu bagi mengharung­i saingan lebih mencabar musim ini.

Ketua Pegawai Eksekutif TSG Che Ku Mohd Izmuddin Che Ku Mahmood berkata tiga tonggak baharu itu terdiri daripada dua pelumba import iaitu Andreas Miltiadas dari Cyprus dan Merhawi Kudus Ghebrenedh­in dari Eritrea yang pakar dalam pendakian.

Beliau berkata pelumba tempatan yang dibawa masuk pula ialah bekas atlet Team Sapura Cycling, Nur Aiman Rosli menggantik­an Mohd Shahrul Mat Amin.

“Lima pelumba import yang dikekalkan ialah Aiman Cahyadi, Jesse Ewart, Youcef Reguigui, Metkel Eyob dan Anotalii Budiak yang sudah tiga musim bersama TSG.

“Selain itu lapan pelumba tempatan yang turut mem

barisi TSG musim ini ialah Harrif Saleh, Irwandie Lakasek, Nur Aiman Mohd

Zariff, Wan Abdul Rahman Hamdan, Zuladri Amin Zulkurnain, Kee Zhe Yie,

Muhammad Shahmir Aiman Abd Halim dan Nur Amirull Fakhruddin Mazuki yang juga kapten pasukan,” katanya pada majlis pelancaran pasukan TSG 2024 di sini malam kelmarin.

Turut hadir Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu Datuk Seri Tengku Farok Hussin Tengku Abdul Jalil dan Pengerusi Jawatankua­sa Pembanguna­n Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan Terengganu Hishamuddi­n Abdul Karim.

Che Ku Mohd Izmuddin berkata TSG menamatkan tirai musim 2023 dengan cemerlang apabila mengekalka­n gelaran juara Jelajah Asia Kesatuan Berbasikal Antarabang­sa (UCI) untuk tiga tahun berturut-turut.

Beliau berkata pasukan yang berpengkal­an di Kuala Terengganu itu turut melakar sejarah tersendiri apabila dinobatkan sebagai pasukan benua terbaik dunia selepas mengenepik­an 178 pencabar lain.

“Malah kita juga berjaya memperbaik­i ranking dunia dengan naik ke kedudukan ke-29 daripada 215 pasukan berbanding tempat ke30 musim sebelumnya. Ini adalah pencapaian terbaik TSG sejak penubuhann­ya pada 2011,” katanya yang menetapkan sasaran lebih tinggi pada musim ini.

Sementara itu Che Ku Mohd Izmuddin berkata TSG akan membuka tirai 2024 dengan perlumbaan bertaraf 2.2, Tour of Sharjah di Emiriah Arab Bersatu (UAE) bermula 26 hingga 31 Jan ini, dan enam pelumba akan dipilih menyertain­ya di bawah bimbingan ketua jurulatih, Mohd Saiful Anuar Aziz.

“Kita akan melalui tujuh siri perlumbaan termasuk di Turkiye, Arab Saudi, Oman dan UAE sepanjang Jan dan Feb. Untuk tahun ini kita terima penajaan berjumlah RM10.84 juta, berkurang sedikit daripada tahun lepas kerana masalah kelembapan ekonomi,” katanya. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? SEDIA MENCABAR: Kapten Terengganu Cycling Team (TSG) Nur Amirul Fakhruddin (tengah) bersama barisan pelumba lain pada Majlis Pelancaran Pasukan TSG 2024.
— Gambar Bernama SEDIA MENCABAR: Kapten Terengganu Cycling Team (TSG) Nur Amirul Fakhruddin (tengah) bersama barisan pelumba lain pada Majlis Pelancaran Pasukan TSG 2024.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia