Utusan Borneo (Sarawak)

Tiga anggota panel sudah dilantik

Hakim Syafeera Mohd Said dilantik Presiden, panel Tribunal Antiganggu­an Seksual sudah mulakan tugas sejak Disember: Nancy

- Oleh Marlinda Mardzuki

Menteri Pembanguna­n Wanita, Keluarga dan Masyarakat Dato Sri Nancy Shukri memaklumka­n tiga anggota panel Tribunal Antiganggu­an Seksual sudah dilantik dan telah memulakan tugas sejak Disember tahun lalu.

Beliau berkata, mereka yang sudah dilantik itu memegang jawatan sebagai Presiden, Timbalan Presiden dan Setiausaha.

Menurutnya, Hakim Mahkamah Sesyen Klang Syafeera Mohd Said dilantik sebagai Presiden Tribunal Antiganggu­an Seksual, manakala dua pegawai kanan Jabatan Peguam Negara iaitu Mohd Nasruddin Mohamad dan Nurul Elida Baharudin masing-masing memegang jawatan Timbalan Presiden dan Setiausaha tribunal itu.

“Semua yang dilantik itu sudah memulakan tugas di tribunal berkenaan sejak penghujung Disember lalu.

“Mereka ini adalah orang yang berpengala­man serta cekap dalam mengendali­kan kes gangguan seksual,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas melancarka­n Program Back to School Sekolah Kebangsaan (SK) Tanjong Bako di Dewan Serba Guna Kampung Tanjong Bako di sini, semalam.

Nancy menambah, seramai 10 lagi ahli panel tribunal itu juga sudah dilantik, manakala 20 perjawatan kakitangan tribunal sudah diluluskan oleh Jabatan Perkhidmat­an Awam (JPA).

“Sekarang kita sudah mempunyai 13 ahli tribunal iaitu Presiden, Timbalan Presiden dan Setiausaha.

“Manakala 10 ahli panel yang terdiri daripada lima ahli mempunyai latar belakang undang-undang dan lima lagi berpengala­man dalam pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dengan dua daripada ahli panel itu mewakili Sabah dan Sarawak,” jelasnya.

Nancy memberitah­u, ketika ini tribunal berkenaan masih menumpang di pejabat kementeria­nnya di Putrajaya, sementara menunggu bangunan untuk mereka yang masih dalam proses pengubahsu­aian, siap.

Mengenai pelantikan dua ahli panel bagi mewakili Sabah dan Sarawak, Nancy berkata ia bagi memudahkan pendengara­n kes dijalankan tanpa perlu membawanya ke Putrajaya.

 ?? — Gambar Bernama ?? INTERAKSI: Nancy (dua kanan) beramah mesra dengan murid-murid pada Program Back to School SK Tanjong Bako di Dewan Serba Guna Kampung Tanjong Bako, semalam.
— Gambar Bernama INTERAKSI: Nancy (dua kanan) beramah mesra dengan murid-murid pada Program Back to School SK Tanjong Bako di Dewan Serba Guna Kampung Tanjong Bako, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia