Utusan Borneo (Sarawak)

Perbicaraa­n kes saman Dr Teo terhadap bank ditetap 19 Feb

Hakim yang mendengar kes itu terlibat dengan tugas rasmi lain

- Oleh Rosemaria Buma Bekas Ahli Parlimen Miri/Plaintif

MIRI: Mahkamah Tinggi di sini, semalam menetapkan 19 Februari depan untuk perbicaraa­n kes saman RM10 juta yang difailkan bekas Ahli Parlimen Miri Dr Michael Teo Yu Keng terhadap sebuah bank di sini.

Penetapan tarikh itu dibuat Penolong Kanan Pendaftar Mohammad Helmi Ahmad Jani memandangk­an hakim Dean Wayne Daly yang sepatutnya mendengar kes tersebut terlibat dalam tugas rasmi lain.

Semasa sebutan kes semalam, plaintif hadir bersama peguam belanya Abun Sui Anyit.

Dalam saman itu, Dr Teo selaku plaintif yang juga merupakan seorang ahli perniagaan telah menamakan

United Overseas Bank (Malaysia) Berhad (UOB) sebagai defenden pertama dan dua pegawainya iaitu Cassandra Ang Beng Chin serta Chia Pueh Yii masing-masing selaku defenden kedua dan ketiga.

Saman itu difailkan oleh plaintif kerana mendakwa bank berkenaan telah cuai dalam mengendali­kan wangnya dan menuntut agar wang tersebut dikembalik­an

Sementara itu, Dr Teo ketika ditemui di luar mahkamah sebaik selesai sebutan kes pagi semalam mendakwa beliau telah kehilangan wang lebih RM1 juta yang disimpan dalam bank berkenaan sejak

Namun semasa hendak mengeluark­an wang itu, saya diberitahu oleh pegawai bank berkenaan bahawa semua wang di dalam akaun saya telah lesap.

2014.

Menurut plaintif, pada 2014 beliau telah mendeposit­kan wang berjumlah Dolar Singapura (DS) 250,000 sebagai simpanan tetap di

UOB Bank Miri.

Katanya, setelah simpanan tetap beliau mencapai tempoh matang dalam tempoh dua tahun iaitu pada 2016, wang yang sepatutnya berada dalam akaunnya lebih kurang RM800,000.

“Namun semasa hendak mengeluark­an wang itu, saya diberitahu oleh pegawai bank berkenaan bahawa semua wang di dalam akaun saya

telah lesap.

“Saya juga diberitahu bahawa sejumlah DS22,700 telah dikeluarka­n dari akaun tanpa pengetahua­n dan persetujua­n saya,” katanya.

Berikutan itu ujar Dr Teo, satu laporan polis telah dibuat beliau di sini dan salinannya telah dihantar ke Parlimen, Bank Negara Malaysia dan Kementeria­n Kewangan.

Dr Michael Teo Yu Keng

 ?? ?? SAMAN: Dr Teo (kiri) bersama peguam belanya Abun Sui semasa hadir di Mahkamah Tinggi Miri, semalam.
SAMAN: Dr Teo (kiri) bersama peguam belanya Abun Sui semasa hadir di Mahkamah Tinggi Miri, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia