Utusan Borneo (Sarawak)

Bapa amang seksual anak kandung dipenjara dan disebat

-

Seorang lelaki dijatuhi hukuman penjara 12 tahun dan empat sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini, semalam setelah mengaku bersalah atas dua tuduhan melakukan amang seksual ke atas anak kandungnya yang berusia tujuh tahun.

Selain itu, tertuduh juga diperintah­kan supaya menjalani kaunseling pemulihan semasa menjalani hukuman seperti yang diperuntuk­kan di bawah Seksyen 26 Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanakkanak (AKSTK) 2017 dan diletakkan di bawah pengawasan pihak polis selama tempoh dua tahun setelah selesai menjalani hukuman penjara kelak.

Hukuman itu dijatuhkan Hakim Azreena Aziz setelah meneliti beberapa aspek termasuk pengakuan salah dan rayuan tertuduh, keterangan fakta kes, berat kesalahan yang dilakukann­ya serta mengambil kira kepentinga­n awam.

Tertuduh, 37, dari Baram, telah didakwa atas dua tuduhan di bawah Seksyen 14 (a) AKSTK 2017 yang dibacakan bersama Seksyen 16 (1) akta yang sama.

Mengikut kesalahan ini, tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara tidak melebihi 20 tahun serta sebat dan sebagai tambahan kepada hukuman itu, tertuduh juga boleh dipenjara tidak melebihi lima tahun dan sebat tidak kurang dari dua kali.

Menurut keterangan kes, tertuduh didapati telah melakukan serangan seksual secara fizikal ke atas seorang kanak-kanak perempuan berusia 7 tahun 5 bulan (semasa kejadian) yang merupakan anak kandungnya dengan menyentuh mangsa untuk tujuan seks.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu pada jam 7 pagi, sekitar Mac 2022 di sebuah kebun di kawasan Baram.

Selain itu, tertuduh sekali lagi telah mengulangi perbuatan terkutukny­a terhadap mangsa pada jam 8 malam, sekitar Mac 2022 di sebuah bilik rumah panjang di kawasan Baram.

Bagi kesalahan pertama dan kedua, tertuduh masingmasi­ng dijatuhi hukuman penjara 12 tahun dan dua sebatan.

Mahkamah kemudian memerintah­kan kedua-dua hukuman itu berjalan serentak mulai tarikh jatuh hukuman semalam.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Muhamad Ali Hussain, manakala tertuduh tidak diwakili peguam bela.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia