Utusan Borneo (Sarawak)

Lelaki dipenjara enam tahun, 10 sebatan kerana datangkan kecederaan parah terhadap isteri

-

Seorang lelaki dijatuhi hukuman penjara enam tahun berserta 10 sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini semalam atas pertuduhan mendatangk­an kecederaan parah terhadap isterinya, 10 Januari lalu.

Hakim Marutin Pagan menjatuhka­n hukuman itu setelah mendengar pengakuan bersalah serta rayuan tertuduh yang dikenali sebagai Chien Kwong Hing, 44.

Mengikut pertuduhan, Chien didakwa dengan sengaja mendatangk­an kecederaan parah terhadap isterinya berusia 42 tahun dengan menggunaka­n papan kayu serta gunting sebagai senjata, yang boleh mendatangk­an kematian kepada mangsa.

Dia dituduh melakukan kesalahan itu di sebuah rumah di Lorong Satria Timur 23 pada 10 Januari 2024, kira-kira jam 6.30 petang.

Sehubungan itu, tertuduh telah melakukan kesalahan mengikut Seksyen 326 yang dibaca bersama Seksyen 326A Kanun Keseksaan.

Fakta kes menyatakan pada hari kejadian, pihak polis telah menerima panggilan daripada orang awam mengatakan ada pergaduhan melibatkan sepasang suami isteri.

Setibanya di tempat kejadian, pihak polis mendapati pintu pagar dan pintu utama rumah berkunci dari dalam, dengan tertuduh dan mangsa berada di dalam rumah.

Pihak polis memujuk tertuduh untuk membuka pintu utama rumah namun tidak diendahkan. Pada masa sama, mangsa kedengaran menjerit dalam kesakitan sementara tertuduh bertindak memarahi mangsa.

Setelah lebih sejam memujuk tertuduh, pihak polis terpaksa meminta bantuan pihak bomba untuk membuka pintu pagar rumah.

Apabila pihak polis memasuki tempat parkir rumah tersebut, tiba-tiba pintu rumah dibuka dan tertuduh dilihat menarik rambut isterinya, selain memegang gunting pada tangan kanan.

Pihak polis dan bomba terus memujuk tertuduh untuk melepaskan mangsa sebelum berjaya menahannya dengan menggunaka­n kekerasan yang minimum.

Turut dirampas ialah satu gunting dari tangan kanan tertuduh.

Siasatan kemudian mendapati tertuduh dan mangsa telah berkahwin sejak 11 tahun lepas dan mempunyai seorang anak. Sebelum kejadian, tertuduh telah bertindak memanjat pagar rumah mangsa dan masuk melalui tingkap rumah.

Tertuduh kemudian bertindak mendatangk­an kecederaan terhadap isterinya dengan menggunaka­n papan kayu dan gunting, menyebabka­n mangsa mengalami kecederaan parah di beberapa bahagian badan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia