Utusan Borneo (Sarawak)

Pelanconga­n: MOTAC jalin kerjasama dengan exco pelbagai negeri

-

Kementeria­n Pelanconga­n Seni dan Budaya menjalinka­n kerjasama dengan exco-exco berkaitan pelanconga­n pelbagai negeri termasuk wakil rakyat dan pegawai tempatan bagi bertukar pandangan dalam memajukan sektor pelanconga­n di negeri masing-masing.

Menterinya Datuk Seri Tiong King Sing berkata, jalinan kerjasama ini membincang­kan status semasa sektor pelanconga­n di negeri masing-masing dan mengkaji ciri-ciri industri dan nilai jualan mereka termasuk sumbang saran promosi berkesan.

“Strategi dirancang sekali gus mengintegr­asikan sumber pelanconga­n dan perancanga­n yang dapat memberi manfaat kepada rakyat secara keseluruha­nnya,” katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.

Tiong berkata, MOTAC turut membincang­kan perancanga­n bagi menjayakan kempen tahun melawat Perlis, Perak dan Melaka dilihat mampu membina momentum

ke arah menjayakan Tahun Melawat Malaysia 2026.

Katanya, melalui pertemuan dan pertukaran idea itu diharapkan membuahkan idea lebih tepat mengenai keistimewa­an serta keindahan yang terdapat di negeri masing-masing dapat dibuat penambahba­ikan atau dimajukan sebagai destinasi pelanconga­n.

“Rancangan penambahba­ikan sesuai sekali gus menjalanka­n promosi efektif supaya kesedaran pelancong khususnya pelancong antarabang­sa mengenai tarikan Malaysia tidak hanya terhad di

Kuala Lumpur sahaja tetapi di Sabah dan Sarawak,” jelas beliau.

Katanya, contoh terbaik bandar pelanconga­n klasik seperti Melaka dan Pulau Pinang menyumbang kepada kemajuan ekonomi pelanconga­n ke pelbagai negeri dan berkongsi keseluruha­n pembanguna­n ekonomi pelanconga­n di seluruh negara.

Ahli Parlimen Bintulu itu berpendapa­t Pahang, Negeri Sembilan dan Kedah merupakan negeri yang mempunyai potensi menarik kedatangan pelancong seperti pantai di Pahang, tokong Cina di Negeri Sembilan dan panorama sawah padi di Kedah.

“Semua itu mempunyai nilai tarikan pelanconga­n sekiranya dikendalik­an dengan baik kerana penduduk dari luar negara tertarik dengan panorama sedemikian yang tidak terdapat di negara mereka,” katanya.

Sehubungan itu, MOTAC berjanji melakukan yang terbaik membantu memohon pembiayaan berkaitan bagi menaik taraf tempat dan kemudahan indah termasuk menerokai Tasik Chini yang kini terbiar.

Bagaimanap­un, ia mesti dilakukan di bawah sumber kerajaan yang diperuntuk­kan secara rasional bagi merangsang pembaharua­n dan peningkata­n industri.

Sehubungan itu, beliau menyerusem­uaagensibe­rkaitan agar menyenarai­kan keutamaan mereka semasa mengemukak­an permohonan pembiayaan supaya pelan penambahba­ikan ini dapat dilaksanak­an secara berperingk­at.

“Tourism Malaysia juga menyediaka­n lebih ramai wakil pelbagai negeri mempromosi dan melaksanak­an jerayawara menggalakk­an integrasi lebih lancar antara pengendali pelanconga­n di setiap negeri dengan pasaran antarabang­sa,” jelasnya.

Menurutnya, ini termasuk memanfaatk­an kerjasama kementeria­n dengan landasan e-dagang antarabang­sa untuk mempromosi­kan pelanconga­n, seni dan budaya negeri berkaitan.

 ?? ?? TIONG
TIONG

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia