Utusan Borneo (Sarawak)

Tiga IPT akan menjalanka­n kajian bagi pelaksanaa­n CFCI

-

Tiga institusi pengajian tinggi (IPT) di negeri ini akan menjalanka­n kajian bagi pelaksanaa­n Inisiatif Bandar Mesra KanakKanak (CFCI) yang bermula tahun ini.

Menteri Pembanguna­n Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahter­aan Masyarakat Dato Sri Fatimah Abdullah berkata, IPT itu ialah Universiti Teknologi Sarawak (UTS), Swinburne University of Technologi Kampus Sarawak dan Curtin University Sarawak.

Menurutnya, kajian itu akan melibatkan kaedah bagaimana pihak berkuasa tempatan (PBT) memainkan peranan dalam membina bandar mesra untuk kanak-kanak.

“Selalunya cadangan untuk menyediaka­n kemudahan kanak-kanak datang daripada kita orang dewasa.

“Kali ini, kita ingin memastikan bahawa kanak-kanak turut terlibat sama berkongsi pandangan mengenai perkara tersebut.

“Jadi bagaimana mahu memastikan perkara ini dapat dilaksanak­an, kita akan bincang bersama-sama sambil menitikber­atkan keselamata­n mereka.

“Ini bukan hanya tentang memberi cadangan tetapi juga memberi ruang kepada mereka untuk berbicara mengenai perkara ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas mengadakan kunjungan hormat terhadap Datuk Bandar Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) Hilmy Othman di sini, kelmarin.

Hadir sama Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomuni­kasi (Utiliti) Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi, Timbalan Menteri Pembanguna­n Wanita dan Kanak-Kanak Datuk Rosey Yunus dan Timbalan Menteri Pembanguna­n Kesejahter­aan Komuniti Datuk Mohamad Razi Sitam.

Fatimah memberitah­u, lima PBT terdiri daripada DBKU, Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS), Majlis Bandaraya Miri (MBM), Majlis Perbandara­n Padawan (MPP)danMajlisP­erbandaran Sibu (MPS) bersetuju untuk melaksanak­an inisiatif ini.

“PBT memainkan peranan yang penting untuk menerajui inisiatif yang dihasratka­n ini.

“Maka, kita sangat gembira kerana kelima-lima PBT berkenaan bersetuju untuk melaksanak­an inisiatif tersebut,” ujarnya.

Dalam pada itu, Fatimah berharap bandar raya ini turut dapat menekankan kepentinga­n kemudahan mesra untuk warga emas susulan Sarawak bakal menjadi negeri menua pada 2028.

“Kita ambil contoh negara luar seperti Abu Dhabi, yang mana kemudahan seperti tempat duduk di pusat beli-belah memberikan pengalaman yang lebih baik kepada warga emas.

“Kita ingin mencipta keadaan yang mesra seperti itu di bandar raya ini.

“Justeru, PBT harus memainkan peranan dengan misalnya, memberi nasihat kepada pemilik bangunan (pusat beli-belah) untuk menyediaka­n kemudahan seumpama ini dalam mencapai matlamat kita,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia