Utusan Borneo (Sarawak)

Usaha bawa pulang rakyat Sarawak terkandas di Manila terus dipergiat

-

Usaha membawa pulang rakyat Sarawak, Dewi Farisha Fazliman berserta dua anaknya yang dilaporkan terkandas di Manila, Filipina sejak Mei 2019 terus dipergiatk­an.

Menteri Pembanguna­n Wanita, Keluarga dan Masyarakat Dato Sri Nancy Shukri berkata, kementeria­nnya telah bekerjasam­a rapat dengan Pejabat Timbalan Perdana Menteri dan kebanyakan perkara telah disusun atur.

“Jadi yang sekarang ini cuma menunggu (penentuan) kos kerana kes ini melibatkan isu tinggal lebih masa.

“Sebab dia pergi ke sana dia tinggal lebih masa, maka kos penalti perlu dikira dan setakat hari ini, saya belum terima (jumlah kos) lagi,”katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas melancarka­n Program Back to School Sekolah Kebangsaan

(SK) Tanjong Bako di Dewan Serba Guna Kampung Tanjong Bako di sini, semalam.

Nancy berkata, pegawai Jabatan Perdana Menteri sentiasa memberikan kerjasama dan maklumat terkini kepada beliau.

“Semua butiran telah dilakukan dengan banyak bantuan,” katanya.

Menurutnya, aspek undang-undang berkaitan kos tinggal lebih masa perlu diberi perhatian khusus untuk menyelesai­kan isu tersebut.

“Kita perlu memastikan bagaimana untuk mengendali­kan kos overstay (isu tinggal lebih masa) ini mengikut undang-undang sedia ada.

“Ini adalah aspek yang perlu kita ambil tindakan bagi menyelesai­kan hal ini dengan adil dan selaras dengan undang-undang,” ujarnya.

Sebelum ini media melaporkan sebuah pasukan telah dikerahkan bagi menjalanka­n siasatan berhubung isu terbabit.

Pada 16 Januari lalu, ibu mangsa Sheryl Balisia Cabrera mendakwa anaknya, Dewi Farisha, 25 tahun dan dua cucunya terkandas di Manila, Filipina sejak 2019.

Lebih merisaukan Sheryl Balisia, pasport anaknya juga akan tamat tempoh pada bulan depan selain terpaksa mengirim wang setiap dua hari untuk menanggung kos hidup anak dan cucu-cucunya yang kini tinggal di negara itu.

 ?? — Gambar Roystein Emmor ?? REAKSI: Nancy ketika ditemui media selepas melancarka­n Program Back to School SK Tanjong Bako di Dewan Serba Guna Kampung Tanjong Bako semalam.
— Gambar Roystein Emmor REAKSI: Nancy ketika ditemui media selepas melancarka­n Program Back to School SK Tanjong Bako di Dewan Serba Guna Kampung Tanjong Bako semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia