Utusan Borneo (Sarawak)

Pastikan pelajar Malaysia mahir dalam BM, BI

Dr Annuar gesa Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek membentang­kan satu pindaan kepada Akta Pendidikan 1996

-

SIBU: Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembanguna­n Bakat I Datuk Dr Annuar Rapaee menggesa Menteri Pendidikan persekutua­n Fadhlina Sidek membentang­kan satu pindaan kepada Akta Pendidikan 1996 untuk memastikan setiap pelajar Malaysia mahir dalam Bahasa Malaysia (BM) dan Bahasa Inggeris (BI).

Menurut belia, apabila berlaku perubahan dalam kerajaan persekutua­n atau Menteri Pendidikan, keutamaan dan polisi juga berubah.

“Kita tidak mahu melihat ini berlaku sekali lagi demi kebaikan generasi muda kita.

“Kerana itu, saya berharap Menteri Pendidikan akan mengemukak­an pindaan kepada Akta Pendidikan di Parlimen untuk menjadikan ia satu kewajipan bagi semua pelajar Malaysia mempunyai kemampuan dwibahasa, dengan kepakaran dalam BM dan BI, selain bahasa ibunda mereka sendiri.

“Jadijikame­reka(kementeria­n) benar-benar serius dalam memberi keutamaan untuk meningkatk­an tahap bahasa Inggeris, mereka seharusnya mengemukak­annya di Parlimen sebagai sebahagian daripada pindaan kepada Akta Pendidikan semasa.

“Jika tidak, ia akan kekal hanya satu polisi dan orang ramai akan melihat ia hanyalah ‘khidmat suara’ atau ‘janji manis’ pada hari itu,” katanya dalam satu kenyataan ketika memberi respons kepada pengumuman Fadhlina barubaru ini di mana kementeria­nnya memberikan keutamaan ke arah meningkatk­an kualiti bahasa Inggeris.

Beliau dilaporkan berkata

bahawa ketika penilaian mutu BM terus menjadi keutamaan, ada juga keperluan untuk meningkat kemahiran BI terutama sekali dari segi kualiti pengajaran­nya.

“Kita tidak perlu menunggu untuk kurikulum sekolah 2027 untuk memulakan kepakaran BI – memahirkan diri dalam BI dan (meningkatk­an) kualiti BI bermula dari sekarang,” menurut Fadhlina yang dipetik sebagai berkata.

Apa pun, Dr Annuar menganggap pengumuman Fadhlina sebagai satu langkah ke hadapan dalam memudahkan penurunan beberapa kuasa bagi hak membuat keputusan pendidikan kepada Sarawak.

“Seksyen 17 Akta Pendidikan

1996 memberi kuasa penggunaan bahasa kebangsaan dalam semua institusi pendidikan kecuali sekolah jenis kebangsaan, sementara Seksyen 28 memberi kuasa kepada menteri untuk mewujudkan sekolah kebangsaan dan sekolah jenis kebangsaan.

“Sekarang, mereka (kementeria­n) menyedari kepentinga­n bahasa Inggeris kerana pendirian tegas Sarawak dalam penekanan penggunaan bahasa Inggeris.

“Sebagai contoh, Kerajaan Sarawak sudah diberi jaminan bahawa Program Dwi-Bahasa (DLP) yang menggunaka­n bahasa Inggeris sebagai perantara dalam mengajar Matematik dan Sains, akan diteruskan.

“Tambahan pula, penubuhan lima sekolah antarabang­sa Yayasan Sarawak – hasil inisiatif Premier Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg – juga satu langkah ke hadapan dalam meningkatk­an lagi penggunaan bahasa Inggeris dengan menggunaka­n silibus berasaskan Universiti Cambridge,” katanya.

Dalam usaha mencapai semua ini, Dr Annuar menyuaraka­n kegembiraa­n dengan perubahan pendirian dalam kementeria­n mengenai kepentinga­n bahasa Inggeris dan mengenai strateginy­a untuk meningkatk­an bahasa Inggeris di kalangan guru pilihan Inggeris, di mana hampir 50 peratus di antara mereka tidak mempunyai kemahiran sepenuhnya dalam C1 dan C2 (pengguna mahir).

“Berdasarka­n semua ini, Kementeria­n Pendidikan seharusnya dengan cepat melatih lebih ramai guru pilihan bahasa Inggeris dan memastikan guru-guru yang mengajar Bahasa Inggeris berada di peringkat ijazah sarjana.

“Hanya selepas itu, polisi ini akan memberi impak,” katanya.

Dr Annuar juga meminta semua rakyat Malaysia menyokong pengumuman Kementeria­n Pendidikan.

Kerana itu, saya berharap Menteri Pendidikan akan mengemukak­an pindaan kepada Akta Pendidikan di Parlimen untuk menjadikan ia satu kewajipan bagi semua pelajar Malaysia mempunyai kemampuan dwibahasa, dengan kepakaran dalam BM dan BI, selain bahasa ibunda mereka sendiri.

Datuk Dr Annuar Rapaee Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembanguna­n Bakat I

 ?? ?? DR ANNUAR
DR ANNUAR

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia