Utusan Borneo (Sarawak)

Klinik Kesihatan Jalan Merbau terima sumbangan mesin ultrabunyi

-

Klinik Kesihatan (KK) Jalan Merbau di sini menerima seunit mesin ultrabunyi sumbangan The Malaysian Church of Jesus Christ of Latter-Day Saints dan Rotary Club of Miri Oil Town.

Timbalan Menteri Pelanconga­n, Industri Kreatif dan Seni Persembaha­n Datuk Sebastian Ting berkata, sumbangan itu sememangny­a membantu KK Jalan Merbau dalam menyediaka­n perkhidmat­an kesihatan yang lebih baik.

“Kita dimaklumka­n bahawa KK Jalan Merbau telah menanti mesin ini sejak 2019 dan kita berterima kasih kepada penyumbang dan pembekal atas pemberian mesin ultrabunyi ini,” katanya semasa menyaksika­n majlis ringkas penyerahan mesin ultrabunyi kepada KK Jalan Merbau semalam.

Ting yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Piasau

berkata, mesin berkenaan memberi manfaat dalam membantu mempercepa­t rawatan pesakit.

Sementara itu, Presiden Kelab Rotary Bandar Minyak Miri Choong Bor Luen mengucapka­n terima kasih kepada orang ramai atas sumbangan dana bagi melaksanak­an inisiatif berkenaan.

“Sejumlah RM97,000 telah dikumpul bagi menjayakan pelbagai aktiviti kemasyarak­atan termasuk untuk mendapatka­n sumbangan untuk mesin ultrabunyi,” katanya.

Rotary Club of Miri Oil Town selaras dengan misi ‘Kita Jaga Miri’, telah mendapatka­n tajaan daripada The Malaysian Church of

Jesus Christ of Latter-Day Saints yang diwakili Elder Sandy Hall.

“Kita mengambil inisiatif untuk menderma mesin ultrabunyi baharu yang akan memberi manfaat kepada ramai pesakit yang mendapatka­n rawatan di KK Jalan Merbau yang dikendalik­an oleh Kementeria­n Kesihatan,” jelasnya.

Selain itu, kelab itu menjalanka­n pelbagai inisiatif seperti program capaian ke beberapa rumah panjang di Mulu, inisiatif farmasi pandu lalu di Hospital Miri dan Klinik Kesihatan Tudan, kabin mudah alih untuk ujian pengesanan COVID-19 serta menaik taraf penginapan untuk kakitangan perubatan yang menjalani pengasinga­n di Hospital Miri.

Hadir sama ialah Pegawai KK Jalan Merbau Dr Norafini Salamon serta ahliahli Rotary Club of Miri Oil Town.

 ?? ?? BERMANFAAT: Ting (kiri) menyaksika­n penyerahan mesin ultrabunyi sumbangan The Malaysian Church of Jesus Christ of Latter-Day Saints dan Rotary Club of Miri Oil Town.
BERMANFAAT: Ting (kiri) menyaksika­n penyerahan mesin ultrabunyi sumbangan The Malaysian Church of Jesus Christ of Latter-Day Saints dan Rotary Club of Miri Oil Town.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia