Utusan Borneo (Sarawak)

Rakyat dan kerajaan perlu seiring laksana pembanguna­n

-

Rakyat dan kerajaan perlu seiring dalam memastikan agenda pembanguna­n dapat dilaksanak­an mengikut perancanga­n.

Ahli Parlimen Batang Lupar Mohamad Shafizan Kepli berkata kerjasama kedua-dua pihak amat penting memastikan setiap perancanga­n dapat dilaksanak­an dengan jayanya.

“Dengan adanya kerjasama erat kedua-dua pihak maka setiap pembanguna­n dirancang di kawasan terlibat dapat dilaksanak­an mengikut perancanga­n telah ditetapkan,” katanya pada Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Rumah Brandah Renggi, Tanjung Rirang dekat sini kelmarin.

Beliau berkata, kerajaan tidak mahu rakyat negeri

ini ketinggala­n menikmati pembanguna­n semasa sebaliknya pembanguna­n itu dibahagika­n sama rata ke kawasan-kawasan terlibat.

“Sebenarnya… kerajaan tidak mahu ada rakyat tercicir

daripada pembanguna­n justeru setiap pembanguna­n dibahagika­n sama rata untuk kepentinga­n rakyat,”jelasnya.

Dalam pada itu, beliau turut mengajak rakyat agar sentiasa bersyukur dengan segala pembanguna­n dibangunka­n kerajaan di negeri ini.

“Terdapat banyak pembanguna­n dilaksanak­an di negeri ini khususnya dan semua pembanguna­n itu daripada Gabungan Parti Sarawak (GPS),” katanya.

Hadir sama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lingga Dayang Noorazah Awang Sohor, Ketua Penolong Pengarah Pejabat Pembanguna­n Negeri Sarawak Zon Sri Aman Radiah Muhammed@Muhamad, wakil Pegawai Daerah Sri Aman Hamizan Yahya, Jurutera Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Sri Aman Faizul Abdul Wahad, Penolong Jurutera JPS Sri Aman Kumpang Brandah serta ketua-ketua masyarakat.

 ?? ?? SIMBOLIK: Shafizan (dua kanan), Dayang Noorazah (tiga kiri), Radiah (dua kiri), Brandah (kanan) bersama memotong reben perasmian program tersebut.
SIMBOLIK: Shafizan (dua kanan), Dayang Noorazah (tiga kiri), Radiah (dua kiri), Brandah (kanan) bersama memotong reben perasmian program tersebut.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia