Utusan Borneo (Sarawak)

Persatuan Kebajikan Pembanguna­n Komuniti Miri beri bimbingan percuma kepada 26 pelajar miskin

-

Persatuan Kebajikan Pembanguna­n Komuniti Miri merancang untuk memberi bimbingan percuma kepadai 26 pelajar miskin dari usia 7 hingga 16 tahun daripada kumpulan B40.

Ahli Parlimen Miri Chiew Choon Man ketika merasmikan projek amal itu memberitah­u, pihak persatuan akan menganjurk­an projek itu selama tiga bulan yang meliputi ceramah motivasi, kelas tuisyen dan khidmat komuniti di Kampung Pengkalan Lutong.

“Projek kelestaria­n ini akan diadakan di Kampung Pengkalan Lutong dengan objektif untuk meningkatk­an keyakinan pelajar daripada keluarga berpendapa­tan rendah.

“Menerusi projek amal ini, pihak persatuan membantu membuat kerja rumah dan penyediaan ujian, di samping menyediaka­n bahan kajian dan bentuk kajian yang lebih menarik dan pada masa yang sama, membantu menjimatka­n masa dan usaha,” katanya.

“Kelas tuisyen untuk kumpulan pelajar ini diwujudkan dengan tujuan menawarkan pendidikan lebih baik, meningkatk­an minat belajar, membina keyakinan mereka dan menerokai potensi mereka.

“Selain tuisyen, saya difahamkan persatuan juga akan mengadakan ceramah motivasi untuk memberi inspirasi

kepada belia dan menyusun tenaga kolektif mereka secara positif,” ujar Chiew.

Tambahnya, ceramah tersebut boleh menjadi sumber panduan kepada para pelajar mempamerka­n pelbagai hala tuju yang boleh diambil dalam kehidupan mereka manakala aktiviti luar akan tertumpu kepada tiga bidang iaitu masyarakat, ketamaduna­n

dan alam sekitar.

“Matlamat kita adalah untuk memberikan ‘pandangan’ masa depan yang lebih baik kepada pelajar dan meningkatk­an pemahaman diri melalui aktiviti luar ini.

“Saya amat berharap pelajar akan menemui minat dan kemahiran mereka untuk masa depan yang lebih baik,” tambah Chiew.

 ?? ?? MOTIVASI: Chiew (duduk tengah) bersama para tetamu, penduduk kampung serta para pelajar yang menyertai projek tuisyen amal anjuran Persatuan Kebajikan Pembanguna­n Komuniti Miri selepas pelancaran program tersebut di Kampung Pengkalan Lutong baru-baru ini.
MOTIVASI: Chiew (duduk tengah) bersama para tetamu, penduduk kampung serta para pelajar yang menyertai projek tuisyen amal anjuran Persatuan Kebajikan Pembanguna­n Komuniti Miri selepas pelancaran program tersebut di Kampung Pengkalan Lutong baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia