Utusan Borneo (Sarawak)

Kerajaan Sarawak terus perkasa industri hiliran

Termasuk biojisim, perabot, buluh, produk kayu kejurutera­an, produk biojisim berpotensi besar dalam ekonomi hijau “

- Oleh Marlinda Mardzuki Timbalan Premier Sarawak

KUCHING: Kerajaan Sarawak akan terus memperkasa industri hiliran termasuk biojisim, perabot, buluh dan produk kayu kejurutera­an di negeri ini.

Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, produk biojisim mempunyai potensi besar dalam pembanguna­n ekonomi hijau Sarawak.

“Produk biojisim seperti pelet kayu, biochar (arang biologi) dan arang briket mempunyai permintaan tinggi dalam pasaran global kerana mesra alam.

“Sarawak telah mengekspor­t pelet kayu ke Jepun, Perancis dan Korea pada nilai eksport sebanyak RM36 juta,” katanya.

Beliau berkata demikian menerusi teks ucapan pada Majlis Pemeteraia­n Memorandum Persefaham­an (MoU) antara Perbadanan Kemajuan Perusahaan Kayu Sarawak (PUSAKA) dengan Persatuan PekilangPa­nelMalaysi­a(MPMA) di sini, malam kelmarin.

Teks ucapan Awang Tengah dibacakan oleh Timbalan Menteri Perancanga­n Bandar, Pentadbira­n Tanah dan Alam Sekitar Datuk Len Talif Salleh.

Sehubungan itu, Awang Tengah berkata, PUSAKA telah menyediaka­n kertas cadangan Pelan Tindakan Produk Kayu Kejurutera­an yang dibentangk­an pada mesyuarat ahli lembaga pengarah PUSAKA semalam (Selasa) untuk tujuan kelulusan.

“Dokumen penting ini menyediaka­n garis panduan dan perancanga­n masa depan untuk industri perkayuan di Sarawak termasuk industri kayu kejurutera­an,” ujarnya.

Selain itu katanya, satu lagi inisiatif dilakukan PUSAKA ialah membangunk­an industri buluh di Sarawak.

Pada 2022, beliau berkata, nilai eksport global produk buluh ialah AS$66.2 bilion dan dianggarka­n meningkat sebanyak empat peratus setiap tahun.

“Di Malaysia, nilai eksport produk buluh bagi tahun 2022 ialah RM8.4 juta manakala di Sarawak nilai pasaran ialah RM1.2 juta,” ujarnya.

Melihat pada nilai potensi itu, beliau yakin industri biojisim, produk kayu kejurutera­an dan buluh boleh mengubah landskap dan memberi nilai tambah kepada industri perkayuan di Sarawak jika dimanfaatk­an sepenuhnya.

Produk biojisim seperti pelet kayu, biochar (arang biologi) dan arang briket mempunyai permintaan tinggi dalam pasaran global kerana ” mesra alam. Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan

 ?? ?? METERAI: Len Talif menyaksika­n pertukaran MoU antara Pengurus Besar PUSAKA Zainal Abidin Abdullah (empat kanan) dengan Pengerusi MPMA Datuk Wira Sheikh Othman Rahman (lima kiri) di Kuching, malam kelmarin.
METERAI: Len Talif menyaksika­n pertukaran MoU antara Pengurus Besar PUSAKA Zainal Abidin Abdullah (empat kanan) dengan Pengerusi MPMA Datuk Wira Sheikh Othman Rahman (lima kiri) di Kuching, malam kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia