Utusan Borneo (Sarawak)

Rumah runtuh, Lee gegas lawat empat beradik yatim piatu

-

Rumah kayu yang didiami empat beradik yatim piatu runtuh akibat hujan lebat baru-baru ini, sekali gus menjejaska­n asas rumah yang dibina atas tiang di kawasan berpaya di Tudan Fasa 1, di sini.

Menteri Pengangkut­an Sarawak merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Senadin Dato Sri Lee Kim Shin bergegas ke lokasi kejadian untuk melawat mereka sebaik menerima laporan mengenainy­a, sekali gus meninjau sendiri musibah yang menimpa mereka.

“Syukur kerana tiada mangsa yang cedera ketika kejadian itu berlaku.

“Terdapat seramai empat mangsa yang kesemuanya adik beradik manakala ibu bapa mereka telah meninggal dunia.

“Tiga daripada mereka masih belajar manakala adik bongsu baru berumur lapan tahun dan kini belajar di SK Tudan Jaya,” jelas beliau.

Sehubungan itu, Lee meminta Pegawai Kebajikan Bahagian Miri Pengiran Mohamad Najib Pengiran Mohamad untuk menghantar pegawai kebajikan bagi meneliti kes empat beradik yatim piatu tersebut dan menentukan bantuan sewajarnya.

Beliau juga turut meminta Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM) Cabang Miri untuk menyediaka­n bantuan makanan segera untuk empat sekeluarga itu.

“Saya akan meneliti pembinaan semula rumah tersebut,” katanya sambil turut menyerahka­n bantuan kewangan di bawah Pusat Khidmat N75 DUN Senadin kepada mangsa bagi membantu mereka mengharung­i masa sukar ini.

Penduduk Kampung Tudan Fasa 1 juga telah menunjukka­n semangat kemasyarak­atan dengan membantu mangsa mengumpul barangan mereka manakala Lee membantu menguruska­n pengangkut­an untuk menghantar barangbara­ng mereka ke rumah saudara mereka yang akan ditumpangi untuk sementara waktu.

Turut sama mengiringi Lee ialah Kaunselor Toh Kah Shiong, Kapitan Chong Ah Muk, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Lutong Henry Jugah, Guru Besar SK Tudan Jaya Suriyati Amit dan beberapa exco Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) serta Bishop Gereja Anglikan di Sarawak dan Brunei Rt Reverend Datuk Danald Jute dan Paderi Moses Likong Ujan dari Gereja Anglikan St Matthias Tudan.

 ?? ?? TERIMALAH: Lee menyerahka­n bantuan daripada Pusat Khidmat DUN Senadin kepada wakil keluarga mangsa sambil disaksikan yang lain baru-baru ini.
TERIMALAH: Lee menyerahka­n bantuan daripada Pusat Khidmat DUN Senadin kepada wakil keluarga mangsa sambil disaksikan yang lain baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia