Utusan Borneo (Sarawak)

Sarawak catat penyusutan nilai eksport produk perkayuan

-

Nilai eksport produk perkayuan Sarawak menyusut daripada RM3.9 bilion pada 2022 kepada RM3.1 bilion pada tahun lalu.

Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata untuk eksport kayu balak, Sarawak merekodkan RM559 juta atau 18 peratus daripada nilai keseluruha­n eksport pada 2023.

Manakala kata beliau, eksport produk kayu Sarawak mencatatka­n kira-kira RM2.6 bilion.

“Jepun masih menjadi pasaran terbesar produk perkayuan Sarawak yang menyumbang sebanyak 53 peratus atau RM1.7 bilion kepada pendapatan eksport pada tahun 2023.

“Papan lapis kekal sebagai produk eksport utama dengan nilai RM1.5 bilion atau menyumbang kira-kira 48 peratus daripada jumlah pendapatan eksport,” katanya.

Awang Tengah berkata demikian pada Majlis Pemeteraia­n Memorandum Persefaham­an (MoU) antara Perbadanan Kemajuan Perusahaan Kayu Sarawak (PUSAKA) dan Persatuan Pekilang Panel Malaysia (MPMA) di sebuah hotel di sini, malam kelmarin.

Teks ucapan beliau dibacakan oleh Timbalan Menteri Perancanga­n Bandar, Pentadbira­n Tanah dan Alam

Sekitar Datuk Len Talif Salleh.

Awang Tengah berkata, pada masa ini, eksport produk perkayuan masih lagi tertumpu kepada eksport produk utama.

“Justeru, kita menggesa pemain industri perkayuan untuk mengubah aktiviti dan operasi mereka ke arah pengeluara­n produk nilai tambah tinggi dengan menggunaka­n bahan mentah daripada hutan yang ditanam,” katanya.

Mengenai MoU itu, Awang Tengah yang juga Menteri Sumber Asli dan Pembanguna­n Bandar Kedua memberitah­u, ia bertujuan mengeratka­n kerjasama antara keduadua organisasi dalam aktiviti penanaman pokok industri lestari (ITP) serta operasi pengurusan kayu.

Selain itu, katanya, MoU berkenaan turut membuka ruang kerjasama latihan sambil kerja serta penempatan dalam industri perkayuan di Semenanjun­g Malaysia kepada PUSAKA.

“Harapan kita dengan kerjasama seumpama ini, akan menyumbang kepada pertumbuha­n dan pembanguna­n industri perkayuan Malaysia ke arah yang lebih mampan,” ujar beliau.

Terdahulu, MoU itu ditandatan­gani Pengurus Besar PUSAKA Zainal Abidin Abdullah dengan Pengerusi MPMA Datuk Wira Sheikh Othman Rahman.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia