Utusan Borneo (Sarawak)

JPNIN Bahagian Sri Aman tubuh lima lagi jawatankua­sa KRT

-

Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) Bahagian Sri Aman menubuhkan lima lagi jawatankua­sa Kawasan Rukun Tetangga (KRT) di daerah ini tahun ini.

Pegawai JPNIN Bahagian Sri Aman Ahmad Noorkamal Abdul Malek berkata lima kawasan dikenal pasti adalah KRT Nyakai Atas, KRT Klassen, KRT Batang San, KRT Undop Baroh dan KRT Undop Hulu.

“Lima kawasan KRT terbabit adalah di bawah pentadbira­n Dewan Undangan Negeri (DUN) Simanggang,” katanya pada sesi Taklimat Penubuhan KRT di Rumah Igai, Nyakai Atas, Jalan Paip dekat sini kelmarin.

Hadir sama Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembanguna­n Bakat yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simanggang Datuk Francis Harden Hollis.

AhmadNoork­amalberkat­a, pihaknya memaklumka­n perkara tersebut kepada ADUN Simanggang dengan cadangan penubuhan KRT terbabit sebelum ini dan mendapat maklum balas

positif daripada wakil rakyat itu.

“Kita berterima kasih kepada semua penduduk rumah panjang terlibat dalam penubuhan KRT ini termasuk pengerusi protem serta ahliahli jawatankua­sa protem dan bakal AJK KRT kerana bersetuju menubuhkan

jawatankua­sa di kawasan masing-masing,” jelasnya.

Beliau menambah, KRT memainkan peranan sangat penting sebagai orang tengah yang membantu menyelesai­kan isu-isu komuniti bagi mengekalka­n keharmonia­n di kawasankaw­asan terbabit.

“KRT sememangny­a menjadi mata dan telinga menjaga perpaduan masyarakat berbilang kaum di negara ini,” katanya.

Hadir sama Penolong Pegawai Perpaduan Bahagian Sri Aman Suzie Masin, Penghulu Mingging Sigan serta yang lain.

 ?? ?? TAKLIMAT: Ahmad Noorkamal memberi taklimat penubuhan KRT sambil diperhatik­an Harden (dua kanan), Mingging (kiri) serta penduduk rumah panjang terbabit.
TAKLIMAT: Ahmad Noorkamal memberi taklimat penubuhan KRT sambil diperhatik­an Harden (dua kanan), Mingging (kiri) serta penduduk rumah panjang terbabit.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia