Utusan Borneo (Sarawak)

Wan Junaidi calon tepat isi jawatan TYT

Mempunyai pengalaman luas dalam bidang perundanga­n, lantang perjuang MA63

- Oleh Jessica Jawing Presiden PERAIS

KUCHING: Tan Sri Wan Junaidi Tuanku Jaafar merupakan calon yang tepat bagi mengisi jawatan Yang di-Pertua Negeri, kata pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Persatuan Anak Istimewa Sarawak (PERAIS).

Presidenny­a Rapelson Richard Hamit berkata, Wan Junaidi mempunyai pengalaman yang luas dalam bidang perundanga­n serta lantang bersuara dalam memperjuan­gkan MA63 di peringkat nasional, yang merupakan faktor tambahan.

“Di samping itu beliau juga cemerlang dalam perkhidmat­an sebagai wakil rakyat, speaker Dewan Negara, parti politik dan juga bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) yang telah terbukti,” katanya kepada Utusan Borneo di sini, semalam.

Rapelson berkata, diharapkan beliau (Wan Junaidi) dapat meneruskan perjuangan memartabat­kan MA63 dan kestabilan politik Sarawak dan nasional.

Katanya setakat ini GPS merupakan ‘king maker’ dalam landskap politik tanah air yang dapat menentukan tampuk pemerintah­an pentadbira­n kerajaan pusat.

“Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) merupakan parti komponen Gabungan Parti Sarawak (GPS) yang telah menang besar dalam Pilihan Raya Negeri Sarawak dan Pilihan Raya Umum.

“Dengan itu, Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg sebagai pengerusi GPS dan presiden PBB berhak melantik beliau dengan diperkenan oleh Yang di-Pertuan Agong demi kestabilan politik negara dan negeri Sarawak,” katanya.

Memetik Astro Awani semalam, dilaporkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumka­n Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan

Di samping itu beliau juga cemerlang dalam perkhidmat­an sebagai wakil rakyat, speaker Dewan Negara, parti politik dan juga bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan UndangUnda­ng) yang telah terbukti.

Rapelson Richard Hamit

Abdullah Ri’ayatuddin AlMustafa Billah Shah berkenan memperkena­n calon Yang diPertua Negeri Sarawak yang baharu.

Anwar berkata, beliau mengemukak­an nama calon kepada baginda minggu lalu dan ia akan diumumkan dalam masa terdekat.

“Proses pelantikan TYT Sarawak seperti kita tahu adalah atas budi bicara Agong dan telah dikemukaka­n oleh Premier Sarawak (Datuk

Patinggi) Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

“Saya telah kemukakan nama calon itu kepada Yang di-Pertuan Agong minggu lalu dan itu telah diperkenan dan akan diumumkan mungkin satu dua hari ini,” katanya.

Perdana Menteri tidak mendedahka­n nama yang dikemukaka­n beliau kepada Yang di-Pertuan Agong namun ura-ura sebelum ini mengatakan Tan Sri Wan Junaidi Tuanku Jaafar meletak jawatan sebagai Speaker Dewan Negara beberapa hari lalu.

Jawatan Tun Pehin Sri

Abdul Taib Mahmud sebagai Yang di-Pertua Negeri Sarawak ketujuh akan tamat pada 28 Februari depan.

Untuk rekod, Tun Taib adalah Yang di-Pertua Negeri yang ketujuh dan memegang jawatan selama 10 tahun di mana beliau dilantik pada 1 Mac 2014, menggantik­an Tun Pehin Sri Abang Muhammad Salahuddin Abang Barieng.

Sebelum ini, tular laporan mengenai berita peletakan jawatan Wan Junaidi sebagai Yang Dipertua Dewan Negara yang dikaitkan dengan pelantikan sebagai TYT Sarawak yang baharu.

 ?? ?? RAPELSON
RAPELSON

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia