Utusan Borneo (Sarawak)

MTPN Sarawak adakan jualan Pines Square CNY Bazaar 2024

-

Sempena sambutan perayaan Tahun Baru Cina Tahun 2024, Majlis Tindakan Pengguna Negara (MTPN) Sarawak akan mengadakan jualan Pines Square Chinese New Year (CNY) Bazaar 2024 bermula 24 Januari hingga 7 Februari 2024 di Pines Square, Jalan Batu Kawa.

Menurut kenyataan pihak MTPN, ia akan bermula jam 5 petang hingga 11.30 malam dengan kerjasama Kementeria­n Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri, Terminal Perindustr­ian dan Pembanguna­n Usahawan (MINTRED), Yayasan Masyarakat Lestari Malaysia dan Borneo Planner Management Sdn Bhd.

“Orang ramai daripada semua lapisan masyarakat dijemput mengunjung­i tapak bazar CNY ini. Untuk rekod, ini merupakan bazar

CNY yang pertama kali diadakan di Pines Square, Batu Kawa, Kuching.

“Terdapat 55 tapak jualan telah disediakan yang menyajikan pelbagai jualan dalam bentuk hasil kraf tangan, makanan dan banyak lagi bertujuan untuk mempromosi dan memeriahka­n sambutan perayaan Tahun Baharu Cina 2024 yang akan tiba,” katanya.

Ia juga bagi memudahkan orang ramai membeli-belah barangan keperluan sempena perayaan Tahun Baharu Cina terutama masyarakat Cina pada kadar harga yang berpatutan.

Juga sebagai platform untuk membantu peniaga kecil mempromosi dan menjual produk keluaran mereka serta mengeratka­n hubungan silaturahi­m pelbagai lapisan masyarakat dan mengekalka­n perpaduan yang sedia ada demi keharmonia­n rakyat Sarawak.

Pelbagai pengisian telah dirancang seperti persembaha­n hiburan, persembaha­n tarian singa dan naga serta banyak lagi aktiviti lain.

Secara tidak langsung, program tersebut dapat membantu pengusaha kecil dan sederhana mempromosi­kan produk dan membina rangkaian perniagaan mereka.

Sebagai rekod, MTPN Sarawak juga sedang merancang untuk mengadakan program Hari Pengguna 2024 pada 15 Mac 2024.

Selain itu, dirancang juga program ‘Go Green Run’, ‘Unity Foodbank’, ‘Public Talk’ mengenai Pengguna dan Kepengguna­an, ‘AntiScam Talk’ di sekolah terpilih dan banyak lagi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia