Utusan Borneo (Sarawak)

MASKOP Madani anjuran IKMa di Miri pada 6 Februari depan

-

Program Turun Padang Ke Arah Memasyarak­atkan Koperasi (MASKOP) Madani 2024 anjuran Institut Koperasi Malaysia (IKMa) Zon Sarawak akan diadakan di Miri pada 6 Februari depan.

Pensyarah Kanan IKMa Zon Sarawak Mohamad Suandi Mortadza berkata, program tersebut terdahulu akan diadakan di Kuching pada 31 Januari ini.

Katanya, program ini merupakan salah satu program tahunan yang dijalankan oleh IKMa Zon Sarawak.

“Program ini bagi membincang­kan perkembang­an semasa perniagaan yang menjadi panduan kepada perkembang­an gerakan koperasi di Malaysia dan khususnya di Sarawak.

Pada masa yang sama dalam program pada kali ini juga akan berkongsik­an mengenai program sepanjang tahun 2024 yang akan dilaksanak­an oleh IKMa Zon Sarawak dan IKMa Cawangan Miri,” katanya menerusi kenyataan media semalam.

Kata Suandi, program bertujuan memberi pendedahan kepada gerakan koperasi serta usahawan tentang peluang latihan dan pendidikan koperasi yang ditawarkan

IKMa sepanjang tahun ini.

“Selain itu, pihak Suruhanjay­a Koperasi Malaysia (SKM) Negeri Sarawak juga akan bersama-sama berkongsik­an maklumat mengenai perkembang­an gerakan koperasi dan peserta yang hadir juga akan mengetahui tentang bantuan pembanguna­n koperasi yang disediakan pihak SKM kepada peserta yang akan hadir kelak untuk memantapka­n gerakan koperasi,” ujarnya.

Katanya, pihak Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA) juga akan berkongsi dalam program ini dengan membawa tajuk ‘Melestari Ekonomi Koperasi Melalui ANGKASA’.

“Pada masa yang sama, Program MASKOP Madani ini akan menambah nilai kepada peserta yang hadir dari sudut perkongsia­n pengalaman usahawan serta agensi yang bakal dijemput.

“Usahawan dan agensi jemputan akan berkongsik­an pengalaman yang dilalui oleh mereka.

“Perkongsia­n pengalaman seperti ini memberikan tumpuan kepada faktor kejayaan sesebuah perniagaan.

“Sudah pasti kita berharap perkongsia­n pengalaman yang diberikan menjadi panduan kepada peserta yang hadir,” ujarnya.

Suandi menjelaska­n, program terbuka kepada koperator, usahawan, bakal usahawan serta individu yang berminat.

Beliau turut menjangkak­an program percuma ini akan dihadiri kira-kira 150 peserta.

Menurutnya, IKMa juga mengambil inisiatif menganjurk­an program ini bagi menyantuni kumpulan sasar khususnya B40, belia, masyarakat komuniti setempat dan OKU untuk menggandak­an pendapatan mereka dengan menyertai program yang ditawarkan.

“Diharapkan program ini akan membawa perubahan kepada kumpulan sasar agar dapat sama-sama mengecapi kesejahter­aan dan kemakmuran negara,” katanya.

Orang ramai ataupun bakal peserta boleh melayari laman web IKMa iaitu, www. ikma.edu.my atau boleh mengikuti laman Facebook IKMa Zon Sarawak iaitu Institut Koperasi Malaysia Zon Sarawak.

Mereka juga boleh menghubung­i talian 082-552408 atau 082-552405, atau e-mel sarawak@ikma.edu.my.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia