Utusan Borneo (Sarawak)

Operasi harian JPJ pantau pematuhan undangunda­ng jalan raya

-

Jabatan Pengangkut­an Jalan (JPJ) Cawangan Miri melaksanak­an operasi harian di Kilometer (KM) 2, Jalan Marudi yang memberikan fokus kepada pelbagai jenis kesalahan terhadap pengguna jalan raya.

JPJ Negeri Sarawak dalam kenyataan yang dimuat naik dalam Facebook rasmi berkata, operasi pada Sabtu lalu berjaya mengesan pelbagai kesalahan yang dilakukan oleh para pemilik kenderaan.

Antaranya seperti tiada lesen memandu, lesen memandu tamat tempoh, Lesen Kenderaan Motor (LKM) tamat tempoh, tiada perlindung­an insurans, tidak memakai tali pinggang keledar, muatan bahaya serta kesalahan teknikal yang lain.

Penguatkua­saan ini adalah bertujuan memantau pematuhan semua pemandu dan pemilik kenderaan termasuk kenderaan komersil bagi memastikan semua pengguna jalan raya mematuhi undang-undang di jalan raya.

Pada hari tersebut, Unit Operasi JPJ Cawangan Miri turut menjalanka­n Ops Khas (OKIM) di Institut Memandu Marudi.

Tujuan operasi ini diadakan adalah membuat pemeriksaa­n ke atas tenaga pengajar institut memandu bagi memastikan mereka mempunyai Sijil Pengajar Institut Memandu (SPIM) dan Sijil Kenderaan Institut Memandu (SKIM) yang sah dan masih berkuat kuasa.

Turut diperiksa kenderaan yang digunakan semasa ujian pemanduan dalam keadaan baik dan mengikut spesifikas­i yang ditetapkan serta mematuhi Akta Pengangkut­an Jalan (APJ) 1987 dan kaedah-kaedah di bawahnya.

Tindakan penguatkua­saan ke atas ketidakpat­uhan akan dilakukan bagi memastikan tenaga pengajar dan pemilik institut memandu mematuhi peraturan dan undangunda­ng yang telah berkuat kuasa.

Untuk sebarang aduan trafik bolehlah disalurkan terus melalui aplikasi e-Aduan @jpj atau http://jpj.spab. gov.my berserta butiran dan aduan pengadu.

 ?? ?? JALANKAN TUGAS: Pegawai JPJ Cawangan Miri sedang memeriksa lesen pemandu dalam operasi harian di KM2 Jalan Marudi, Sabtu lalu.
JALANKAN TUGAS: Pegawai JPJ Cawangan Miri sedang memeriksa lesen pemandu dalam operasi harian di KM2 Jalan Marudi, Sabtu lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia